SUNGKAI: Denda lebih tinggi ke atas pemburu haram dan enam pelan kondusif membuktikan keseriusan Kerajaan, dalam memastikan populasi Harimau Belang Malaya tidak pupus di negara ini, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau berkata, pelan bersama-sama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi selain agensi dan pemain industri yang terlibat, diharapkan dapat menangani krisis kepupusan Harimau Malaya.
"Kita fokus dan serius dalam memastikan kepupusan itu tidak berlaku. Ini tindakan dan tanggungjawab bersama dalam menangani pemburuan haram habitat ini.
"Kerana itu kita sedang meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (716) 2010 supaya kita lebih respons dalam perkembangan semasa dan usaha konservensi hidupan liar, di mana kita akan tingkatkan penalti dan denda kepada pesalah.
"Kita sedar ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang memperdagang hidupan liar di dalam talian. Jadi pindaan itu akan memperkukuhkan penguatkuasaan dalam membanteras aktiviti haram tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian selepas bersama-sama Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, menyaksikan memorandum persefahaman (MoU) bagi menangani krisis kepupusan Harimau Malaya, serta meningkatkan reputasi dan imej industri sawit dalam aspek kemampanan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), pada Isnin.
MoU itu melibatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), diwakili Ketua Pengarahnya Abdul Kadir Abu Hashim, Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr. Wan Zawawi Wan Ismail, dan Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) diwakili Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya Mohd Nor Hamzah.
Sebelum ini dilaporkan, Pengarah Zoo Taiping dan Night Safari (ZTNS) Dr Kelvin Lazarus berkata, tindakan pembiakan pemuliharaan dan pembelajaran mengenai Harimau Belang Malaya diperlukan, bagi mengelakkan kepupusan populasi berkenaan di negara ini.
Dr Kelvin berkata, masalah penurunan populasi Harimau Belang Malaya akan berlaku dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, sekali gus Malaysia akan kehilangan spesies ini buat selama-lamanya sekiranya tiada tindakan dilakukan.
Shamsul Anuar berkata, usaha kerajaan memerlukan penglibatan semua pihak untuk berganding bahu, dalam menggerakkan kesedaran berkaitan pemburuan haram spesies terancam seperti Harimau Malaya.
Mengulas mengenai pelan jangka masa pendek dan panjang untuk memuliharan spesies Harimau Malaya, Shamsul Anuar berkata ia bertepatan dengan MoU hari ini yang antara lain melibatkan Program pembiakan Harimau Malaya; Program pembiayaan lima ekor anak Harimau Malaya; Program pemindahan Harimau Malaya ke Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan di Lanchang, Pahang.
Ia juga melibatkan Program meliarkan Harimau Malaya; Program pelepasan Harimau Malaya ke habitat asal dan Program pemantauan Harimau Malaya selepas proses pelepasan.
Shamsul Anuar menarik perhatian, MoU itu antara lain memperuntukkan dana sebanyak RM3 juta untuk tempoh lima tahun bagi konservasi Harimau Malaya hasil inisiatif MPOC dan MPOGCF, sekali gus menunjukkan komitmen padu dan keprihatinan industri sawit dalam menyelamatkan Harimau Malaya yang diancam kepupusan.
Dalam kenyataan media bersama kedua-dua kementerian itu menyebut, MoU ini bertujuan memperkukuhkan konservasi ex-situ (mengekalkan spesies di luar habitat asal seperti zoo dan taman botani) Harimau Malaya melalui penyelidikan, bina upaya serta program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 12 2021
Kerajaan fokus dan serius dalam memastikan kepupusan harimau Malaya tidak berlaku. - Foto BERNAMA
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Gol Pawi bukan biasa-biasa
Akmal Rizal Ahmad Rakhli menyokong sekiranya gol ketiga pasukan kendalian Kim Pan-gon itu dicalonkan untuk Anugerah Puskas.
Bekas jurulatih belia Barcelona B bantu Kim Pan-gon kemudi skuad Harimau Malaya
Empat individu menjadi taruhan beliau dan yang paling mencuri tumpuan ialah Pau Marti Vicente yang sebelum ini merupakan pembantu jurulatih skuad bawah 19 (B-19) tahun kelab Barcelona B.
'Shebby nampak penat ketika berbasikal, cuaca pula panas' - Aidil Zafuan
Mendiang seringkali dilihat keluar berbasikal di sekitar kawasan kejiranan kerana dia memang aktif bersukan.
Piala AFF Suzuki: Harimau Malaya tewas 0-3 kepada Vietnam
Misi skuad tanah air diteruskan dengan perlawanan menentang Indonesia pada 19 Disember (Ahad) dalam peringkat kumpulan.
Piala AFF Suzuki: Harimau Malaya genggam tiga mata pertama, baham Kemboja 3-1
Skuad Kemboja tidak menamatkan perlawanan dengan tiada sebarang gol, selepas hasil jaringan penalti pada minit ke-90 oleh Sath Rosib.
Takiyuddin tidak hadir Parlimen, disahkan positif COVID-19
Perkara itu disampaikan Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika bangkit untuk menjawab soalan.
Cools, Luqman dipanggil sertai Harimau Malaysia bertemu Jordan, Uzbekistan
Skuad kebangsaan dijadualkan menentang negara tuan rumah 6 Oktober sebelum bertemu Uzbekistan tiga hari kemudian.
Jordan, Uzbekistan pilihan tepat uji Harimau Malaya - Cheng Hoe
Ia di kala ada yang beranggapan skuad negara perlu bertemu pasukan kerdil untuk membina semula selepas gagal ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 Jun lalu.
Hak prerogatif Cheng Hoe tentukan pemilihan pemain - Dollah
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Tan Cheng Hoe perlu diberi ruang sepenuhnya menggalas tanggungjawab membimbing skuad Harimau Malaya, terutama dalam aspek pemilihan pemain.
Kedudukan Cheng Hoe masih selamat
Ketua jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe masih diberi mandat untuk terus membimbing skuad Harimau Malaya bagi menghadapi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadual tahun depan.