awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dendam dipercayai motif pembunuhan pekerja hotel - Polis

Bernama
Bernama
04/08/2013
04:13 MYT
Dendam dipercayai motif pembunuhan pekerja hotel - Polis
Dendam dipercayai motif utama pembunuhan seorang pekerja hotel yang ditemui mati dengan tiga kesan tikaman di bilik tidur rumahnya di Jalan SM 4, Taman Sunway, Batu Caves petang semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Rahim Abdullah berkata ini kerana, keadaan mayat Badariah Hussin, 44, yang lengkap berbaju kurung ditemui terlentang dengan tangan dan kaki di bahagian lututnya terikat.
"Ini menunjukkan pembunuhan mangsa telah dirancang oleh orang yang dikenalinya. Siasatan awal juga mendapati tiada kesan pecah masuk di rumah mangsa dan barangan miliknya juga tidak hilang.
"Namun, siasatan dari segenap sudut akan dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya sambil tidak menolak kemungkinan berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek, ekoran keadaan rumah mangsa yang bersepah.
Rahim berkata polis turut menemui antara sembilan hingga 11 kesan cap jari di rumah mangsa yang boleh dijadikan petunjuk bagi mengesan suspek terlibat.
Keterangan daripada anggota keluarga mangsa serta jiran-jirannya telah diambil bagi membantu siasatan, katanya.
Topic Berkaitan
#Batu Caves
#bunuh
#hotel
#Rahim Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan