awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dera kanak-kanak: Ibu bapa saudara, sepupu mangsa direman

Sinar Harian
Sinar Harian
31/07/2022
22:20 MYT
Dera kanak-kanak: Ibu bapa saudara, sepupu mangsa direman
Reman terhadap tiga individu berumur 21 hingga 42 tahun yang juga merupakan ibu bapa saudara serta sepupu kepada kanak-kanak perempuan itu bermula Ahad sehingga 6 Ogos ini. -Gambar hiasan
JEMPOL: Seorang lelaki dan dua wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun direman selama tujuh hari.
Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Kuala Pilah, Saiful Sayoti bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Reman terhadap tiga individu berumur 21 hingga 42 tahun yang juga merupakan ibu bapa saudara serta sepupu kepada kanak-kanak perempuan itu bermula Ahad sehingga 6 Ogos ini.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak cedera pada keseluruhan badannya antaranya kesan melecur, lebam, luka, parut dan kecederaan lain pada keseluruhan badan apabila disyaki menjadi mangsa dera.
Mangsa disyaki didera sejak Mei lalu sebelum diselamatkan oleh ibu saudaranya dan laporan polis telah dibuat oleh ibunya pada 27 Julai lepas.
Ibu kanak-kanak terbabit menghantar anaknya itu untuk dijaga oleh individu berkenaan dengan bayaran RM300 sebulan kerana bekerja di Johor.
Mangsa dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah ( HTAN ) Kuala Pilah selain kes dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ) daerah Jempol. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#dera
#ibu bapa saudara
#kanak-kanak perempuan berusia lima tahun
#Majistret Mahkamah Kuala Pilah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan