awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Deraan bukan budaya, kebiasaan universiti - UPNM

Isabelle Leong
Isabelle Leong
02/08/2019
05:27 MYT
Deraan bukan budaya, kebiasaan universiti - UPNM
Respons UPNM tersebut adalah susulan video-video yang tular di laman sosial yang memberikan gambaran bahawa deraan merupakan suatu kebiasaan di universiti tersebut. - Gambar hiasan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menafikan bahawa deraan merupakan suatu budaya dan amalan biasa di universiti berkenaan.
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, institusi pengajian tinggi tersebut mengakui pihaknya memandang serius kes penderaan sama ada yang melibatkan Pegawai Kadet ataupun pelajar awam.
Bagaimanapun, pihak UPNM tidak menafikan bahawa kes penderaan pernah berlaku dahulu.
“UPNM menafikan deraan itu merupakan satu budaya dan kebiasaan di universiti.
“Pihak kami tidak menafikan pernah berlaku kes-kes deraan pada suatu masa lalu.
“UPNM mengamalkan konsep ‘zero tolerance for ragging’ dan mereka yang terlibat telahpun diambil tindakan tatatertib termasuk pembatalan tauliah serta disabitkan di mahkamah mengikut perundangan negara,” katanya menerusi satu kenyataan.
Respons UPNM tersebut adalah susulan video-video yang tular di laman sosial yang memberikan gambaran bahawa deraan merupakan suatu kebiasaan di universiti tersebut.
“Berdasarkan penyiasatan dalaman yang telah dijalankan, video yang sedang diviralkan merupakan satu kes yang berlaku pada 2016 dan memberi gambaran yang tidak tepat mengenai keadaan ketika ini.
“Ia juga membawa kesan negatif terhadap imej universiti dan motif pihak yang menjadikannya viral tidak diketahui,” tambahnya.
Pihak UPNM juga berkata mereka telah membuat satu laporan polis agar satu siasatan dapat dijalankan untuk menentukan pihak yang terlibat serta motifnya.
Pada 31 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan 18 pelajar UPNM membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain, dua tahun lepas.
Mahkamah menetapkan 2 dan 3 Okt, 4 hingga 7 Nov, 18 hingga 20 Nov serta 3 dan 4 Dis 2019 untuk 18 tertuduh itu membela diri atas pertuduhan masing-masing.
Pada masa sama, seorang lagi pelajar, Muhammad Akmal Akif, dibebaskan daripada pertuduhan mencederakan mangsa.
Topic Berkaitan
#budaya
#buli
#deraan
#laman sosial
#pelajar universiti
#ragging
#Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
#UPNM
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan