PUTRAJAYA: Deraf Dasar Francais Negara (DFN) 2030 kini di peringkat akhir perbincangan dan dijangka dibentangkan pada mesyuarat jemaah menteri Januari depan, kata Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Sesi Libat Urus Dasar Francais Negara di sini hari ini yang dihadiri lebih 200 pemain industri, beliau berkata sesi kali ini adalah yang terakhir sebelum pembentangan deraf tersebut.
"Walaupun di peringkat akhir, kesemua pemain industri sektor francais masih boleh mengemukakan pandangan bagi tujuan penambahbaikan dasar berkenaan," katanya sambil menambah DFN itu dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun hadapan.
Armizan berkata DFN 2030 yang meletakkan nilai sasaran jualan RM100 bilion menjelang 2030, bukan sahaja untuk memastikan produk francais Malaysia berjaya ke pasaran antarabangsa tetapi juga memperkenalkan jenama francais tempatan yang boleh menjadi pilihan di banyak negara.
DFN akan menggariskan hala tuju lebih jelas dan ruang untuk industri ini berkembang secara lebih holistik dalam usaha menjadikan industri francais sebagai antara penyumbang utama kepada kemampanan ekonomi negara, katanya.
Beliau berkata ini sejajar dengan matlamat Ekonomi MADANI untuk melonjakkan Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara.
Setakat ini, 70 jenama francais tempatan telah berkembang dan menembusi pasaran dunia di 80 buah negara, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023
Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali ditemui media pada sesi Town Hall Dasar Francais Negara (DFN) 2030 yang diadakan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini. Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Deraf Dasar Francais Negara 2030 di peringkat akhir
Deraf Dasar Francais Negara (DFN) 2030 kini di peringkat akhir perbincangan dan dijangka dibentangkan pada mesyuarat jemaah menteri Januari depan.