awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Deretan empat rumah teres dua tingkat terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
09/02/2024
16:39 MYT
Deretan empat rumah teres dua tingkat terbakar
Ahmad Mukhlis berkata, panggilan kecemasan diterima berhubung kejadian itu pada jam 7.42 petang. - Gambar Bomba
CHERAS: Deretan empat rumah teres dua tingkat di Taman Kemacahaya dekat sini musnah dalam kebakaran pada Jumaat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, panggilan kecemasan diterima berhubung kejadian itu pada jam 7.42 petang.
Menurutnya, hampir satu jam masa diambil bagi mengawal kebakaran rumah kelas A berkeluasan 366 meter persegi itu.
"Operasi membabitkan 30 anggota pelbagai pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussien Onn, Serdang dan Kajang.
" Api berjaya dikawal jam 8.47 malam dan operasi pemadaman masih diteruskan," katanya menerusi kenyataan.
Beliau berkata, dianggarkan dua rumah terjejas teruk manakala dua yang lain terbakar kurang 20 peratus.
"Rumah pertama terbakar 90 peratus di tingkat atas dan bawah sementara rumah kedua sebanyak 40 peratus.
"Rumah ketiga dan keempat pula terbakar antara 10 dan 20 peratus namun hanya membabitkan bahagian garaj," katanya.
Bagaimanapun Ahmad Mukhlis berkata, tiada mangsa terlibat dalam kebakaran terbabit. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kebakaran
#penggilan kecemasan
#rumah teres
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan