WALAUPUN tujuan asas caruman KWSP adalah sebagai simpanan untuk perbelanjaan selepas persaraan, namun desakan rakyat negara ini agar kerajaan membenarkan pengeluaran caruman KWSP Akaun 1 secara ‘one-off’ sehingga RM10,000 adalah bukti kehidupan rakyat yang semakin tersepit.
Justeru, titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang menekankan pemulihan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat diutamakan dalam Belanjawan 2021 adalah tepat dan wajar.
Pandemik COVID-19 bukanlah faktor tunggal yang menyebabkan kemelesetan ekonomi hari ini. Ia juga disumbangkan oleh kegagalan kerajaan mencari polisi yang tuntas merangsang ekonomi rakyat serta menyelesaikan masalah rantaian nilai dan juga ketidakstabilan politik yang menghakis keyakinan pelabur asing.
Jika pencapaian mereka benar-benar positif, mengapa pelabur asing lari daripada pasaran saham Malaysia dengan begitu drastik?
Setakat akhir Oktober 2020 sahaja, aliran keluar bersih dana asing tahun ini menurut MIDF melonjak ke RM23 bilion berbanding RM11.41 bilion bagi tahun 2019.
Rakyat, khususnya golongan B40 dan perusahaan kecil sederhana (PKS), masih berada dalam kesulitan kewangan tetapi ini gagal ditangani dengan berkesan oleh kerajaan.
Program Subsidi Upah (PSU) seharusnya diteruskan bagi membantu golongan PKS untuk terus bertahan.
Di samping itu, moratorium pinjaman bank yang tidak dilanjutkan secara automatik juga boleh menambah derita rakyat hari ini.
Dianggarkan 20% -30% PKS bakal gulung tikar jika tiada pakej rangsangan ekonomi baru yang lebih berkesan diperkenalkan kerajaan.
Bukan itu sahaja, Akta untuk menangani kesan COVID-19 juga telah mengambil masa yang sangat lama untuk untuk dibentangkan di Parlimen di mana hanya diluluskan di Dewan Rakyat pada 25 Ogos 2020.
BACA: SEMUA ANDA INGIN TAHU BERHUBUNG BAJET 2021
Akta yang serupa telah diluluskan di negara-negara lain jauh lebih awal. Di Singapura misalnya, Akta berkenaan diluluskan seawal 7 April 2020.
Kelewatan ini menunjukkan lemahnya tatakelola kerajaan yang banyak masa ditumpukan pada urusan politik akibat kerapuhan kerajaan.
Sektor pekerjaan Malaysia masih terus lembab dan saban hari kita disajikan dengan berita pemberhentian kerja termasuk di syarikat-syarikat besar yang mana mencecah hampir 90,000 orang.
Sektor penerbangan terjejas teruk di mana syarikat-syarikat seperti AirAsia, Malaysia Airlines dan Malindo memberhentikan ramai pekerja mereka.
Apakah tindakan konstruktif atau jalan keluar kerajaan untuk mengurangkan impak ini sebanyak mungkin?
Kepada kerajaan, bangkitlah daripada tidur.
Kelemahan ini akan memberikan kesan negatif yang besar terhadap ekonomi negara dan kehidupan rakyat.
Stop living in denial and get your act together!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Faiz Fadzil merupakan Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional dan juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Faiz Fadzil
Mon Nov 02 2020
Jika pencapaian mereka benar-benar positif, mengapa pelabur asing lari daripada pasaran saham Malaysia dengan begitu drastik? - Foto hiasan/BERNAMA
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
[INFOGRAFIK] Pulau Batu Puteh
Berikut adalah info berkenaan dengan Pulau Batu Puteh.
[TERKINI] Titah Adendum: PM anggap pihak kecam sebagai dangkal ilmu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam beliau berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.
Tinjauan udara di Terengganu
Tinjauan banjir dari udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Kuala Terengganu mendapati keadaan semakin baik.
Khairul Aming sah kena E-Coli
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan bakteria E-Coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Mahfuz dilantik Pengerusi LPP, Faiz Fadzil pengerusi LKIM
Mohamad turut mengumumkan pelantikan Adun Behrang Aminuddin Zulkipli sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).
Mohd Hasbie lepas tanpa bebas tuduhan gagal maklum polis bantah kenaikan harga barang
Ini berikutan pihak pendakwaan telah mendapat arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan terhadap Mohd Hasbie, 35, yang juga ahli Dewan Negara.
Tiada masalah jika PH mahu bincang dengan PN - Faiz Fadzil
Katanya, selepas beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan, PH sepatutnya meramaikan sekutu untuk bertempur dengan satu musuh.
"Adakah hudud masih agenda perjuangan Pas?" - Muhammad Faiz
Muhammad Faiz berkata, pendirian sebenar Pas wajar dijelaskan ekoran dakwaan dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti dilaporkan media sebelum ini.
PRN Johor: Keputusan Pejuang bertanding solo akan untungkan UMNO - Faiz Fadzil
Adun Permatang Pasir itu menegaskan, khemah besar yang melibatkan parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) perlu dimulakan dalam PRN Johor.
Adun Amanah Muhammad Faiz Fadzil nafi tuduhan cabul seorang wanita
Adun Permatang Pasir itu menjelaskan beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya.
Malaysia perlu pelan pelaburan jangka panjang
Jika pada Januari lepas, ramai pemimpin korporat antarabangsa telah mengkritik kerajaan PN secara terbuka di LinkedIn atas kemerosotan negara dalam menarik pelaburan.
Desakan pengeluaran caruman KWSP bukti hidup rakyat semakin tersepit
Setakat akhir Oktober 2020 sahaja, aliran keluar bersih dana asing tahun ini menurut MIDF melonjak ke RM23 bilion berbanding RM11.41 bilion bagi tahun 2019.
Muhyiddin tergugat kerana Pas tidak setia - Faiz Fadzil
Faiz mendakwa biarpun Pas bersetuju menyertai Perikatan Nasional (PN) tetapi parti itu tetap memberi keutamaan kepada Muafakat Nasional (MN) yang diasaskan bersama UMNO.
Pemimpin Amanah desak Pemuda DAP mohon maaf isu tampal tulisan Cina
Faiz menegaskan tindakan DAPSY itu tidak menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan selain melanggar Perlembagaan Persekutuan.