awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Keputusan Pejuang bertanding solo akan untungkan UMNO - Faiz Fadzil

Astro Awani
Astro Awani
12/02/2022
12:54 MYT
PRN Johor: Keputusan Pejuang bertanding solo akan untungkan UMNO - Faiz Fadzil
Faiz berkata, rekod pilihanraya di Malaysia menunjukkan tiada parti solo yang menang dalam pilihanraya walaupun mempunyai akar umbi yang kukuh termasuklah daripada UMNO mahupun Pas. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Kegagalan mewujudkan muafakat di kalangan parti pembangkang akan memenangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti, kata Ahli Jawatankuasa Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) Muhammad Faiz Fadzil.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir itu menegaskan, khemah besar yang melibatkan parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) perlu dimulakan dalam PRN Johor.
Hujah Faiz, khemah besar itu akan menjadi perintis kesepakatan pembangkang untuk menguasai Putrajaya sekali lagi dan membiarkan UMNO kembali berkuasa bukan pilihan.
"Gabungan khemah besar bersama Pejuang akan memberikan nilai tambah kepada pembangkang dengan melonjaknya undi Melayu terutama di kawasan luar bandar.
"Perpecahan undi pembangkang tidak boleh ditoleransikan lagi. Mitigasikan dan minimumkan perbezaan di kalangan parti-parti pembangkang yang pernah bersama mengalahkan UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu amat penting.
"Kebersamaan parti-parti pembangkang dalam satu gabungan yang kukuh dan solid akan meningkatkan keyakinan dan sokongan rakyat kepada pembangkang dalam pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.
Muhammad Faiz menjelaskan, politik segmentasi di Malaysia ini tidak dapat dielak kerana faktor demografi dan struktur sosioekonomi, namun langkah parti Pejuang untuk bertanding solo akan menguntungkan UMNO.
Ujar beliau, rekod pilihan raya di Malaysia menunjukkan tiada parti solo yang menang dalam pilihan raya walaupun mempunyai akar umbi yang kukuh termasuklah daripada UMNO mahupun Pas.
Muhammad Faiz menegaskan kekuatan yang ada pada PKR, Amanah dan MUDA lebih kepada kerusi campuran di bandar atau semi-urban (separa bandar).
BACA: PRN Johor: Pejuang tidak berhasrat sertai khemah besar PH - Mukhriz
Jelas beliau, ketiga-tiga parti tersebut memerlukan kerjasama dengan sebuah parti Melayu bagi menguasai kawasan luar bandar dan undi teras Melayu amat penting.
"Oleh itu, parti Pejuang yang dilihat mampu menguasai undi teras Melayu terutama di kawasan luar bandar perlu bersama dalam khemah besar ini.
"Apatah lagi berhadapan PRN Johor, kawasan yang pengundinya lebih 50 peratus Melayu, masih belum boleh dianggap selesa untuk pembangkang," katanya lagi.
PRN Johor perlu diadakan selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan pada 22 Januari lalu.
BACA: PRN Johor: Penamaan calon 26 Feb, pengundian 12 Mac - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai hari penamaan calon, manakala 12 Mac sebagai hari membuang undi.
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#Faiz Fadzil
#Amanah
#Pejuang
#Khemah Besar
#United Front
#kerjasama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan