awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Deutsche Bank desak percepat pindah wang AS$1 bilion kerana Najib ingin buat kenyataan akhbar

Bernama
Bernama
21/06/2022
12:29 MYT
Deutsche Bank desak percepat pindah wang AS$1 bilion kerana Najib ingin buat kenyataan akhbar
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Deutsche Bank (M) Berhad (DBMB) mendesak agar pindahan wang sebanyak US$1 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipercepat kerana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ingin membuat kenyataan akhbar mengenai projek usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi International Ltd (PSI).
Bekas Pengarah Urusan DBMB (Ketua Jualan Korporat Pasaran Global) Jacqueline Ho Yek Wan, 51, berkata bekas Pengarah Eksekutif 1MDB Casey Tang Keng Chee meminta DBMB melakukan pemindahan dana itu secepat mungkin kerana adalah penting untuk berbuat demikian memandangkan ia adalah transaksi kerajaan kepada kerajaan.
"Beliau terus-terusan mendesak DBMB agar mempercepat proses pemindahan wang itu kerana Najib ingin membuat kenyataan akhbar mengenai projek usaha sama 1MDB dengan PSI. Oleh itu, kami digesa mempercepat proses kiriman wang US$1bilion itu ke dalam kedua-dua akaun.
"Sebanyak US$1 bilion telah dipindahkan melalui dua transaksi. Transaksi pertama ialah US$300 juta kepada JP Morgan SA bagi akaun bernombor 7619400 manakala transaksi kedua ialah US$700 juta kepada RBS Coutts Bank Ltd bagi akaun bernombor 11116073. Kedua-dua transaksi berlaku pada 3.14 petang dan 3.21 petang 30 Sept 2009," katanya.
Saksi pendakwaan ke-30 itu berkata demikian ketika membaca pernyataan saksinya pada perbicaraan kes Najib membabitkan penyelewengan dana RM2.3 bilion daripada 1MDB.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1MDB
#Najib Razak
#pindahan wang
#Deutsche Bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan