awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Arena Square terbakar, penganjur majlis hari jadi direman seminggu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
05/11/2024
05:50 MYT
Dewan Arena Square terbakar, penganjur majlis hari jadi direman seminggu
Polis mendapati penganjur tidak memiliki lesen yang sah untuk penggunaan bunga api dan mercun. - Gambar fail/ JBPM
TELUK INTAN: Seorang penganjur majlis hari jadi hari ini direman seminggu bagi membantu siasatan Dewan Arena Square di sini, yang terbakar, dipercayai akibat percikan bunga api malam Ahad.

Ringkasan AI
  • Kebakaran di Dewan Arena Square dipercayai berpunca daripada percikan bunga api semasa majlis hari jadi pada malam Ahad.
  • Seorang penganjur majlis hari jadi direman seminggu sehingga 11 November untuk membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
  • Penganjur majlis didapati tidak memiliki lesen sah untuk penggunaan bunga api dan mercun semasa acara yang dihadiri kira-kira 500 orang.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, perintah reman sehingga 11 November terhadap lelaki itu adalah bagi membolehkan polis menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Pada jam 11.18 malam Ahad, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kebakaran tersebut dan menggerakkan anggota untuk pemadaman api.
Hasil siasatan awal polis bersama Unit Forensik JBPM kemudian mendapati, kejadian disyaki berpunca daripada percikan bunga api yang ditembak ke arah bumbung dewan.
Susulan itu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun sekitar jam 3 petang Isnin.
Ahmad Adnan berkata, polis mendapati insiden itu dipercayai berlaku sewaktu acara sambutan hari jadi anjuran seorang individu yang telah menyewa dewan tersebut daripada Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).
“Acara tersebut dihadiri kira-kira 500 orang dan penganjur telah menyediakan pelbagai jenis mercun serta bunga api untuk tetamu terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ahmad Adnan, semakan mendapati penganjur tidak memiliki lesen yang sah untuk penggunaan bunga api dan mercun.
Topic Berkaitan
#Dewan Arena Square
#kebakran dewan
#bunga api
#sambutan hari jadi
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan