awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Negara: Kerajaan komited kurangkan harga rumah

Hilal Azmi
Hilal Azmi
05/05/2014
09:01 MYT
Dewan Negara: Kerajaan komited kurangkan harga rumah
Kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif bagi menstabilkan harga rumah terutamanya di kawasan-kawasan bandar utama. -Gambar Fail
Kewujudan lambakan Kelab Pelabur Hartanah yang menggalakkan pelaburan dengan hasil lumayan melalui hartanah dilaporkan antara punca kenaikan harga rumah di Malaysia.
Penglibatan pelabur spekulatif yang membuat pelaburan berlebihan telah mengurangkan penawaran rumah dalam pasaran sekaligus menjurus kepada kenaikan harga rumah secara tidak sihat. Hal ini mewujudkan kesukaran terutamanya kepada pembeli rumah pertama.
Menjawab dalam sidang dewan negara, Datuk Abdul Rahman Dahlan, menegaskan bahawa wujud pengaruh lain yang menjadi punca kenaikan harga rumah. Antaranya lokasi, kos tanah, kos buruh, kos bahan binaan serta kemudahan yang disediakan pemaju.
Selain itu, faktor migrasi dari luar bandar ke bandar menyebabkan permintaan perumahan yang tinggi dan faktor ini menyumbang kepada peningkatan harga rumah terutamanya di kawasan-kawasan bandar utama.
Untuk itu, beberapa langkah diambil untuk menstabilkan harga rumah seperti LTV atau nisbah pinjaman kepada nilai ke atas individu yang memiliki lebih daripada 2 pinjaman perumahan oleh Bank Negara Malaysia serta pendekatan fiskal lain yang berorientasikan memperlahankan kenaikan harga hartanah.
Abdul Rahman menambah, beberapa inisiatif lain turut dibuat bagi mengekang aktiviti kumpulan terbabit.
Kenyataan tersebut dikeluarkan semasa sesi soal jawab Sidang Dewan Negara oleh Senator Datuk Haji Yunus Haji Kurus pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman Dahlan
#harga rumah
#Kelab Pelabur Hartanah
#kerajaan
#naik
#pelabur spekulatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan