awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Negara lulus RUU Perbekalan 2019

Bernama
Bernama
18/12/2018
21:24 MYT
Dewan Negara lulus RUU Perbekalan 2019
Di bawah pembentangan Belanjawan 2019, kesemua penyumbang kepada tabung penyelenggaraan sekolah kerajaan dan IPTA di bawah Kementerian Pendidikan layak menuntut potongan cukai ke atas sumbangan mereka mulai 1 Jan 2019.
Persidangan Dewan Negara pada Selasa meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2019 yang memperuntukkan sejumlah RM314.5 bilion untuk perbelanjaan kerajaan bagi tahun berkenaan.
RUU berkenaan yang diluluskan sebulat suara anggota Dewan Negara pada 8.30 malam tadi, dibahaskan lima hari bermula 11 Dis lepas, sebelum digulung oleh setiap kementerian selama dua hari berakhir pada Selasa.
Terdahulu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah ketika menggulung perbahasan RUU itu berkata penyumbang yang memberi sumbangan kepada tabung penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) juga layak mendapat potongan cukai.
Katanya penyumbang boleh menuntut potongan cukai berkenaan dengan syarat SJK itu telah mendapat kelulusan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi penubuhan Tabung Pembinaan Sekolah dan Tabung Sumbangan Awam sekolah.
"Penyumbang layak menuntut potongan cukai sehingga 10 peratus bagi syarikat dan sehingga tujuh peratus bagi bukan syarikat sekiranya sebuah SJK itu telah mendapat kelulusan di bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi penubuhan Tabung Pembinanan Sekolah dan Tabung Sumbangan Awam sekolah untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran," katanya.
Sebelum ini, ketika pembentangan Belanjawan 2019 diumumkan kesemua penyumbang kepada tabung penyelenggaraan sekolah kerajaan dan institut pengajian tinggi awam di bawah Kementerian Pendidikan layak menuntut potongan cukai ke atas sumbangan mereka dalam pengiraan cukai pendapatan mulai 1 Jan 2019.
Persidangan bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amiruddin Hamzah
#Belanjawan 2019
#cukai
#Dewan Negara
#Institut Pengajian Tinggi Awam
#kerajaan
#Lembaga Hasil Dalam Negeri
#LHDN
#perbelanjaan
#potongan cukai
#RUU perbekalan
#sekolah
#SJK
#sumbangan
#tabung
#tabung penyelenggaraan
#Timbalan Menteri Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan