Dewan Pemuda Pas Kawasan Kota Raja (DPPKR) hari ini mempersoalkan perjalanan sebuah program parti pada Sabtu lalu, yang dijadikan sebagai platform untuk menyeru pengundi Pas mengundi calon BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis Sabtu ini.
Timbalan Ketuanya, Mohd Najib Arshad berkata intipati ucapan secara terbuka dibuat oleh beberapa pimpinan parti di peringkat Selangor dan Pusat pada program Bangkit itu, dilihat tidak selari dengan kenyataan rasmi Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan, berkaitan PRK berkenaan pada 22 Julai lepas.
Beliau berkata pihaknya juga merasakan seruan tersebut menyalahi semangat Perlembagaan Pas, Fasal 82 (g) yang mana, semua anggota Pas tidak terkecuali pimpinan dapat mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan parti.
"DPPKR berpandangan keputusan (seruan) tersebut adalah bersifat dasar sekali gus ia telah membelakangkan kuasa Majlis Syura dan kuasa Muktamar yang mana cadangan tersebut perlu dibahaskan dan mendapat persetujuan muktamar terlebih dahulu, bukan terus diberikan arahan seperti malam tersebut.
"DPPKR turut merasakan tindakan ini akan mematikan peranan Gagasan Sejahtera yang menjadi terma bagi Pas dalam langkah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu," katanya dalam satu kenyataan.
Pada majlis itu, anggota Majlis Syura Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali dilaporkan meminta pengundi Pas di Sungai Kandis untuk memilih calon BN Datuk Lokman Noor Adam pada PRK itu selepas mendakwa kerajaan Pakatan Harapan tidak menegakkan serta menjaga agama Islam.
Takiyuddin dalam satu kenyataan sebelum ini pula menasihati anggota Pas yang akan memilih pada PRK itu supaya mengundi demi kepentingan Islam, Melayu serta masa depan negara dan meminta mereka membuat pertimbangan itu dengan mengambil kira sikap Pas terhadap kerajaan Pakatan Harapan.
Menurut Mohd Najib, pihaknya sama sekali tidak bersetuju bahawa PRK DUN Sungai Kandis menjadi platform untuk 'menghalalkan' penyatuan Pas dan UMNO BN, sedangkan hal-hal sedemikian sepatutnya dibincang dan diputuskan di dalam muktamar Pas Pusat.
Sehubungan itu, beliau berkata DPPKR telah menghantar surat rasmi kepada Setiausaha Agung parti bagi memohon penjelasan selain menyerahkan kepada kebijaksanaan Pas Pusat untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada pimpinan yang terlibat.
"DPPKR menolak dan membantah tindakan sebilangan pimpinan yang sering membuat kenyataan terbuka bersifat peribadi sehingga menimbulkan kecelaruan di kalangan ahli.
"DPPKR sama sekali tidak bermaksud menolak keputusan kepimpinan Pas Pusat jauh sekali untuk menyanggah seruan atau arahan pimpinan pusat dengan tidak meletakkan calon Pas dalam PRK di Sungai Kandis," katanya.
Pada PRK itu, Lokman Noor bakal ditentang calon PKR yang juga pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan calon Bebas, pesara kerajaan K. Murthy.
PRK DUN Sungai Kandis merupakan PRK pertama diadakan selepas PRU14 berikutan kematian penyandang kerusi tersebut, Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lepas akibat kanser limfoma.
Pada PRU 14, Shuhaimi mempertahankan kerusi DUN itu untuk penggal ketiga, selepas memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon Pas, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 31 2018
Khairuddin Aman (gambar) dilaporkan meminta pengundi Pas di Sungai Kandis untuk memilih calon BN pada PRK itu. - Gambar fail
Semua 31,600 jemaah Tabung Haji tahun ini akan masuk Raudah
Namun begitu, ia bergantung atau tertakluk kepada kerajaan Arab Saudi untuk meluluskan permohonan yang dibuat melalui aplikasi Nusuk.
Niaga AWANI: Pelaburan ESG: Pulangan kewangan dengan impak positif untuk semua
Sempena Minggu ESG Pasaran Modal Malaysia yang akan berlangsung pada minggu depan, Niaga AWANI akan membincangkan bagaimana pelabur boleh menyepadukan ESG, pelaburan lestari, dan pelaburan impak dalam strategi pelaburan serta menghasilkan pulangan yang lestari dalam portfolio pelaburan mereka bersama Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan, Pengurus Portfolio, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
1.6 juta orang tonton konsert percuma Madonna di pantai Copacabana Brazil
Konsert yang berlangsung pada Sabtu lalu sebagai menutup konsert jelajah dunia "Celebration" penyanyi itu.
Dua lelaki diselamatkan, terperangkap arus deras kepala air
Ketika kejadian, kedua-dua lelaki berkenaan sedang melakukan aktiviti memancing di kawasan tersebut.
Niaga AWANI: Kenaikan gaji penjawat awam: Apa impak kepada ekonomi
Selepas ditangguhkan beberapa kali dan lebih 12 tahun tiada kenaikan secara formal, pengumuman kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus pasti disambut meriah lebih 1.7 juta kakitangan awam. Bagaimana langkah ini dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara?
Kupasan lanjut bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
#NiagaAWANI
Kupasan lanjut bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
#NiagaAWANI
Meta janjikan capaian lebih tinggi untuk pelanggan berbayar Meta Verified
Meta turut mengumumkan dua ciri tambahan untuk para pelanggan perniagaan yang melanggan Meta Verified.
Niaga AWANI: Niaga hadapan MSM diniaga pada kecendderungan meningkat menjelang data tanaman utama dikeluarkan minggu ini
Bagi minggu baru berakhir, pasaran kebanyakannya tinggi berikutan permintaan kukuh dari India.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ringgit dijangka diniaga berhati-hati minggu ini
Pada asas Jumaat-ke-Jumaat, ringgit mengukuh kepada 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7650/7710 seminggu sebelumnya.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bursa dijangka diniaga dalam jajaran kecil dengan kecenderungan meningkat minggu ini
Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan serta Pengurus Portfolio Bertauliah di UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata prestasi Apple dan Qualcomm yang meningkat di Wall Street baru-baru ini, dengan pelaburan terbesar Microsoft di Malaysia, dijangka mengukuhkan sektor teknologi di bursa tempatan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
AWANI Ringkas: Jenayah komersial naik 95.2%
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.