awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan perniagaan minta status bebas cukai penuh Labuan dikembalikan

Bernama
Bernama
01/01/2024
20:00 MYT
Dewan perniagaan minta status bebas cukai penuh Labuan dikembalikan
Wong Kii Yii berkata tiada sebarang keputusan terbabit dibuat setakat ini walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, termasuk menyerahkan surat kepada pihak-pihak berkaitan. - Foto BERNAMA
LABUAN: Dewan Perniagaan Cina Labuan (LCCC) pada Isnin meminta kerajaan Persekutuan mengembalikan status pulau bebas cukai penuh kepada wilayah itu untuk meningkatkan semula tarikannya bagi para pengunjung.
Presidennya Datuk Wong Kii Yii berkata tiada sebarang keputusan terbabit dibuat setakat ini walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, termasuk menyerahkan surat kepada pihak-pihak berkaitan.
Malah, beliau menyifatkan status bebas cukai yang dinikmati Labuan ketika ini sebagai tidak mampu menarik pengunjung berikutan harga barangan yang kekal tinggi dan kurang menarik di mata pelancong.
"Status semasa Labuan itu tidak menyebabkan harga barangan rendah, sekali gus dilihat sebagai kurang menarik untuk menggalakkan kehadiran pelancong," katanya pada majlis makan malam sempena Tahun Baharu 2024 di sini, malam tadi.
Wong juga secara khusus menekankan keperluan seperti penjualan rokok bebas cukai yang mampu menambah daya tarikan Labuan.
"Oleh itu, LCCC meminta Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abd Rahman dan Ketua Umno Labuan Datuk Rafi Ali Hassan untuk memperjuangkan perkara ini dengan membawanya kepada perhatian kerajaan Persekutuan," katanya.
Beliau berkata status bebas cukai penuh itu penting dan menjadi aspek kebergantungan ekonomi Labuan dalam menarik lebih ramai pengunjung.
Selain status itu, Wong turut menekankan kepentingan menambah kekerapan penerbangan ke Labuan bagi merancakkan sektor pelancongan.
"Penerbangan Malaysia Airlines dan AirAsia yang terhad misalnya menjejaskan daya tarikan Labuan di mata pelancong, khususnya dari China.
"Oleh itu, LCCC berharap kerajaan dapat campur tangan bagi menangani isu itu dan berupaya memacu prospek ekonomi Labuan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LCCC
#pelancong
#Harga Barangan
#bebas cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan