KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk menubuhkan unit khas bagi membasmi kemiskinan, sebagai sebahagian langkah ‘bottom-up approach’ untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sekiranya cadangan itu diluluskan, beberapa pegawai di peringkat pusat akan ditugaskan semula untuk penubuhan unit tersebut.
Tambahnya lagi, beliau juga mengharapkan apabila unit itu direalisasikan, Kerajaan Negeri serta Daerah dapat melakukan perkara yang sama, supaya agenda membasmi kemiskinan itu dapat dilakukan dengan lebih holistik.
“Antara cadangan (yang diterima) supaya kita memberi perhatian lebih kepada miskin tegar. Di Pusat, kita akan melalui penugasan semula pegawai, dan akan menubuhkan sebuah unit (membasmi) kemiskinan di peringkat pusat.
“Kita berharap negeri dan daerah dapat mengambil tindakan yang sama. Dan kita juga harap lebih banyak lagi pencekatan, atau bottom up approach dapat dilakukan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Zakaria Mohd Edris @ Tubau (Bersatu – Libaran) di Dewan Rakyat hari ini.
Terdahulu, Zakaria ingin mengetahui langkah Kerajaan utnuk menangani isu 20 peratus isi rumah M40 yang beralih kepada had pendapatan di bawah kumpulan B40, akibat impak COVID-19.
Menjawab soalan itu, Mustapa berkata, berdasarkan kajian Jabatan Perangkaan, pendapatan purata isi rumah pada 2020 telah menurun sebanyak 10.3 peratus, dengan lebih 600,000 isi rumah M40 telah beralih kepada B40.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Jeli itu berkata, biarpun kerajaan lebih mensasarkan B40, beberapa langkah dan strategi juga telah digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan hidup golongan B40 dan M40.
“Tanda-tanda pemulihan sejak Ogos lalu, kadar pengangguran jatuh kepada 4.6%, indeks pembuatan naik 6.8%, dan apabila ekonomi negara pulih, lebih banyak perniagaan dibuka lebih ramai bekerja.
“Seperti diumumkan Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz), Bajet 2021 bertemakan memulih kehidupan, membina daya tahan, dan memangkin daya ketahana. Langkah-langkah untuk meringankan beban rakyat diumumkan Jumaat nanti,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Oct 25 2021

Mustapa berkata, sekiranya cadangan itu diluluskan, beberapa pegawai di peringkat pusat akan ditugaskan semula untuk penubuhan unit tersebut.

Sukan Asia Hangzhou: Tengku Hassanal zahir tahniah kepada Nur Shazrin
Tengku Hassanal menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet pelayaran Nur Shazrin Mohamad Latif yang meraih pingat emas pertama negara pada Sukan Asia Hangzhou 2022.
Rumah teres kekal di Tabuan Jaya musnah 80 peratus
Sebuah rumah teres jenis kekal dua tingkat di Lorong Bayor Bukit 2, Tabuan Jaya Kuching terbakar 80 peratus sehingga menyebabkan kediaman berdekatan turut terjejas.
RM200 ribu naik taraf Tanah Perkuburan Melanau Sungai Merah
Sebanyak RM200 ribu diperuntukkan untuk projek naik taraf Tanah Perkuburan Melanau di Sungai Merah, Sibu di bawah projek Transformasi Luar Bandar (RTP).
Polis Miri terima dua laporan berkaitan insiden gaduh di Jalan Permaisuri
Polis Daerah (IPD) Miri mengesahkan telah menerima dua laporan polis berkaitan dengan rakaman video insiden pergaduhan dua orang lelaki berbangsa Cina di Jalan Permaisuri Miri yang dimuat naik di laman X.
RM101 juta biasiswa untuk anak Sabah - Hajiji
Kerajaan Sabah memperuntukkan biasiswa berjumlah RM101 juta untuk anak negeri itu yang melanjutkan pengajian ke universiti dan institusi pengajian tinggi awam tahun ini

Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.
ASNB umum agihan pendapatan 4.50 sen seunit
Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) umum pengagihan pendapatan 4.50 sen seunit untuk ASM 3 bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2023.
Mangsa lelaki digesa tampil buat laporan, dapatkan bantuan
Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggesa golongan lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan gangguan seksual untuk tampil membuat laporan.
Kementerian Kerja Raya harap dapat peruntukan lebih tinggi
Kementerian Kerja Raya berharap dapat peruntukan lebih banyak dalam belanjawan 2024 bagi memastikan usaha membaik pulih jalan Persekutuan, lebuh raya, perparitan dan jambatan seluruh negara berjalan dengan lancar.
PM: MOF sedia tampung kesan kenaikan
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui keresahan mengenai kenaikan harga barang yang mempengaruhi perbelanjaan rakyat. Kementerian Kewangan (MOF) bersedia memberikan bantuan tambahan untuk meredakan kesan kenaikan harga barang kepada rakyat.

Parlimen bukan 'Brahmin', Parlimen milik rakyat
Sebagai sebuah badan legislatif, Parlimen tidak boleh bersifat seperti 'Brahmin' dan menganggap rakyat sebagai golongan bawahan.

Dakwaan hisap vape: Ikmal Hisham sedia dihukum jika bersalah
Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz bersedia untuk dikenakan hukuman mengikut peraturan Dewan Rakyat jika terbukti bersalah seperti dakwaan tular beliau menghisap vape di Parlimen.

Pindaan Akta Perangkaan dijangka dibentang di Dewan Rakyat pada Julai 2024
Ia susulan persetujuan Jemaah Menteri pada 9 Sept 2020, membabitkan cadangan yang dikenali sebagai Pelan Pengukuhan Sistem Statistik Negara.

Dituduh hisap vape: Ikmal Hisham pertimbang saman jurugambar PM
Satu laporan polis berhubung perkara itu juga akan dibuat oleh pegawainya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi petang ini.

Tiada lafaz "Wallahi, Wabillahi, Watallahi" ketika angkat sumpah Ahli Parlimen - Fahmi
Kalimah "Wallahi, Wabillahi, Watallahi" sememangnya tidak dilafazkan ketika majlis angkat sumpah Ahli Parlimen.

Ikmal Hisham nafi dakwaan hisap vape dalam Dewan Rakyat
Ikmal Hisham Abdul Aziz menafikan dakwaan menghisap rokok elektronik atau vape dalam Dewan Rakyat selepas gambar beliau memegang objek berbentuk silinder pada mulutnya tular di media sosial.

Majlis Setiausaha-Setiausaha Politik gesa Radzi Jidin dikenakan tindakan
Majlis Setiausaha-Setiausaha Politik Kerajaan Madani berpendirian bahawa Mohd Radzi mesti dihukum atas kenyataan jahat yang dibuat terhadap Perdana Menteri.

'Saya pantang orang tak bercakap benar' - Radzi Jidin
Mohd Radzi berkata beliau hanya kerana mahu mempertahankan maruah selain menyifatkan pantang dengan manusia tidak jujur.

Dewan Rakyat kecoh, ahli Parlimen pembangkang 'angkat kaki'
Ahli-ahli Parlimen blok pembangkang bertindak meninggalkan Dewan Rakyat setelah bertikam lidah ketika sesi penggulungan Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK12 oleh Perdana Menteri.

Parlimen: DNAA kes Zahid keputusan Peguam Negara, saya tidak campur tangan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibuat oleh Peguam Negara atas 11 alasan yang dikemukakan.