Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020 bagi menambah baik Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (Akta 776) diluluskan selepas bacaan kali ketiga dan mendapat sokongan suara terbanyak ahli Dewan Rakyat.
Rang undang-undang itu yang turut memastikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terus melaksanakan fungsinya agar tadbir urus keselamatan negara dapat dilaksanakan secara berkesan dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan.
Seramai 11 ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian membahaskan rang undang-undang itu.
Antaranya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas) yang menyokong rang undang-undang itu dan menyatakan akta sedia ada tidak mencerminkan perkongsian kuasa antara Yang di-Pertuan Agong dengan rakyat menerusi demokrasi berparlimen.
Beliau berkata sekiranya negara hanya memusatkan kuasa kepada satu institusi sahaja seperti Perdana Menteri, maka ia bertepatan dengan klise politik 'absolute power corrupt absolutely'.
"Kalau kita lihat dalam Perlembagaan semua perkara yang penting mesti dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Jadi sebab itu dalam soal perkongsian kuasa ini, ia bukan sahaja mesti dilakukan tetapi mesti nampak dilakukan," katanya.
Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) pula berkata rang undang-undang itu dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa apabila kuasa mengisytiharkan kawasan keselamatan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) bangkit mencelah dan mencadangkan kerajaan menjemput Ketua Pembangkang menyertai mesyuarat MKN bagi mengelakkan salah guna kuasa, memandangkan amalan itu turut dilaksanakan di United Kingdom.
Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Takiyuddin berkata selaras dengan Seksyen 10 akta itu, mana-mana individu yang mempunyai pengetahuan termasuk Ketua Pembangkang boleh dijemput sebagai ahli sekiranya terdapat keperluan berkaitan atau perkara yang dianggap mengancam keselamatan negara.
Rang undang-undang itu bertujuan meminda peruntukan berhubung kuasa mengisytiharkan kawasan keselamatan dengan memberi kuasa itu kepada Yang di-Pertuan Agong, dan susulan itu, pindaan Seksyen 18 Akta 776 tidak akan menjejaskan peranan MKN sebagai penasihat dalam perisytiharan mana-mana kawasan keselamatan.
Selain memperkemas dan memperkukuhkan keanggotaan MKN, rang undang-undang itu juga untuk meningkatkan penalti bagi kesalahan melanggar obligasi kerahsiaan maklumat berhubung hal ehwal MKN serta memastikan kuasa membuat peraturan di bawah akta berkenaan tidak terletak pada Perdana Menteri sahaja, sebaliknya adalah hasil keputusan bersama musyawarah MKN.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 24 2020
Rang undang-undang itu bertujuan meminda peruntukan berhubung kuasa mengisytiharkan kawasan keselamatan dengan memberi kuasa itu kepada Yang di-Pertuan Agong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.