awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Lima Kluster Strategik perkukuh Reformasi Kesihatan MADANI - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Syarikat (Pindaan) 2023

Bernama
Bernama
28/11/2023
15:12 MYT
Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Syarikat (Pindaan) 2023
Fuziah berkata satu taklimat mengenai RUU itu telah dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian pada 24 Okt, 2023. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Syarikat (Pindaan) 2023 dengan lebih suara bersetuju.
RUU berkenaan meminda Akta Syarikat 2016 (Akta 777) yang merangkumi fasal satu hingga 31 dengan tujuan utama untuk menambah baik peruntukan sedia ada membabitkan rangka kerja tadbir urus korporat, skim kompromi atau perkiraan dan mekanisme penyelamatan korporat.
Pindaan itu juga bertujuan memasukkan peruntukan baharu berkaitan dengan rangka kerja pelaporan dan penzahiran maklumat pemunyaan benefisial.
Ketika menggulung perbahasan berkenaan, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh menyifatkan RUU itu sebagai perlu dan penting dalam memastikan sektor korporat di Malaysia terus berdaya saing, menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat selain menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
"Sektor korporat Malaysia juga perlu dilindungi daripada disalahguna bagi tujuan-tujuan jenayah serius yang berselindung di sebalik entiti perniagaan. Inilah intipati yang dihasratkan oleh RUU ini," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Menjelaskan selanjutnya, Fuziah berkata satu taklimat mengenai RUU itu telah dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian pada 24 Okt, 2023.
Susulan itu, berdasarkan hasil penelitian yang dibuat, jawatankuasa terbabit bersetuju serta telah mengesyorkan agar RUU itu dibentangkan untuk kelulusan.
"Perkara ini telah dinyatakan melalui penyata jawatankuasa bertarikh pada 8 Nov, 2023," katanya.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Rang Undang-Undang
#RUU Syarikat
#Akta Syarikat 2016
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan