KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan sebanyak 31.4 juta pelancong pada 2025, dengan jumlah pendapatan pelancongan kira-kira RM125.5 billion.
Timbalan Menterinya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, sasaran tersebut meningkat lebih 4 juta pelancong atau lebih RM22 bilion berbanding sasaran yang ditetapkan tahun ini.
"Bagi tahun 2023 jumlah ketibaan pelancong yang direkodkan berjumlah 20.1 juta dengan pendapatan pelancongan berjumlah RM71.3 billion.
"Bagi Tahun Melawat Malaysia 2026 adalah 35.6 juta pelancong dengan pendapatan pelancongan berjumlah RM147.1 billion," katanya dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Madius Tangau (PH-Tuaran) yang mahu kementerrian menyatakan berapa sasaran pulangan pelancongan kepada ekonomi negara dan apakah program dan langkah-langkah untuk menarik lebih banyak pelancong asing untuk melawat Malaysia.
Mengulas lanjut, Khairul Firdaus (GRS-Batu Sapi) berkata MOTAC memerlukan sokongan padu daripada kerajaan negeri, penggiat industri pelancongan serta rakyat bagi menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
Jelas beliau, sehingga kini empat Negeri juga mengumumkan kempen tahun melawat negeri pada tahun 2024 iaitu Melaka, Perlis, Kelantan dan Perak.
"Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 merupakan agenda negara dalam pelancongan.
"Bagi menjayakan kempen tersebut, MOTAC memerlukan sokongan padu kerajaan negeri, penggiat industri pelancongan negara serta sokongan rakyat dalam membuat persiapan rapi menerima kedatangan lebih ramai pelancong asing ke Malaysia," katanya lagi.
Khairul Firdaus menambah MOTAC melalui agensi penyeliaannya Tourism Malaysia akan meneruskan penyertaan akif dalam pameran pelancongan antarabangsa bagi memastikan penjenamaan Malaysia Truly Asia kekal menjadi pilihan pelancong seluruh dunia.
Hasimi Muhamad
Mon Mar 11 2024
Khairul Firdaus (foto) berkata, sasaran tersebut meningkat lebih 4 juta pelancong atau lebih RM22 bilion berbanding sasaran yang ditetapkan tahun ini. -Foto Japen
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Peranan media penting promosi budaya, pelancongan Malaysia
Katanya, peranan media sangat penting dalam mempromosikan segala aktiviti daripada agensi di bawah MOTAC selaras dengan TMM 2026.
Dewan Rakyat: MOTAC sasar 35.6 juta pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sasaran tersebut meningkat lebih empat juta pelancong atau lebih RM22 bilion berbanding sasaran yang ditetapkan tahun ini.
MAG tawar tambang serendah RM79 sempena Tahun Melawat Malaysia 2026
Malaysia Aviation Group (MAG) bertindak mengukuhkan lagi komitmennya dalam menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 selain menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab untuk Asia dan kawasan sekitarnya.