awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat rakam takziah kepada keluarga mangsa gempa bumi Sabah

Bernama
Bernama
08/06/2015
04:20 MYT
Dewan Rakyat rakam takziah kepada keluarga mangsa gempa bumi Sabah
Dewan Rakyat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi gempa bumi yang melanda Sabah pada Jumaat lepas.
Persidangan Dewan Rakyat yang memulakan mesyuarat hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi gempa bumi yang melanda Sabah pada Jumaat lepas.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said menzahirkan rasa sedih dan simpati tidak terhingga kepada keluarga dan mangsa yang terlibat.
"Dewan Rakyat mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan serta berharap usaha mencari, menyelamat dan membantu mangsa yang masih hilang dipermudah.
"Dewan juga berharap keluarga mangsa kekal tabah dan cekal dalam mengharungi dugaan ini," katanya sebelum sesi persidangan bermula.
Ismail kemudian meminta anggota Parlimen berdiri dan menghadiahkan bacaan al-Fatihah dan bertafakur selama seminit.
Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang berlaku di Ranau pada 7.15 pagi Jumaat itu turut dirasai di kawasan lain seperti Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
Setakat semalam, tragedi itu juga telah meragut 16 nyawa, termasuk lapan warga Singapura yang mendaki Gunung Kinabalu. Dua lagi mangsa masih hilang.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Gunung Kinabalu
#Ranau
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan