awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat setuju Ketua Audit Negara, PAC siasat semula 1MDB

Bernama
Bernama
16/08/2018
14:00 MYT
Dewan Rakyat setuju Ketua Audit Negara, PAC siasat semula 1MDB
Kerajaan sebelum ini membelanjakan RM606,250 bagi mencetak buku "1MDB: Siapa Kata Tidak Dijawab" untuk memberi penjelasan dan penerangan mengenai skandal firma pelaburan negara itu.
Persidangan Dewan Rakyat meluluskan usul agarKetua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyiasat semula penyelewengan dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan syarikat-syarikat berkaitan.
Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengumumkan keputusan itu selepas Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggulung perbahasan mengenai usul tersebut.
Dalam usul tersebut, Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan, menggesa agar siasatan mengenai penyelewengan dan skandal 1MDB dan syarikat-syarikat berkaitan dibuka semula supaya maruah Dewan Rakyat dapat dipulihkan dan segala maklumat berkaitan harus didedahkan kepada umum.
"Penyiasatan semula ini bertujuan mengembalikan maruah Dewan Rakyat dan institusi-institusi negara yang sebelum ini gagal menjalankan satu penyiasatan yang adil, kompeten, berwibawa dan bebas daripada campur tangan orang-orang berkepentingan," katanya.
Beliau berkata langkah itu diperlukan kerana skandal korupsi 1MDB telah gagal disiasat dengan cermat dan tiada tindakan telah diambil oleh kerajaan lama pimpinan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan perkara berkenaan.
"Siasatan sebelum ini gagal mengenal pasti punca-punca sebenar skandal korupsi ini dan kerugian besar yang dialami oleh seluruh Malaysia dan khususnya, 1MDB," katanya.
Usul tersebut juga dapat sokongan daripada majoriti ahli Parlimen termasuk ahli Parlimen BN dan PAS.
Sewaktu perbahasan, Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa menyokong usul tersebut dan berharap siasatan PAC nanti akan dibuka kepada rakyat untuk mengikutinya.
Beliau berkata kerajaan baharu Pakatan Harapan harus diberi ruang seluas-luasnya untuk merungkai perkara tersebut dan mencari satu kebenaran demi kepentingan rakyat dan negara.
"Yang kita mahu hanyalah kebenaran. Saya mahu kerajaan jangan berlengah kerana dijangka perkara ini dapat dibereskan oleh kerajaan lebih awal," katanya.
Ahli Parlimen Rompin yang juga bekas Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata beliau bersedia dirujuk ke Jawatankuasa Pemilih Parlimen sekiranya terdapat salah laku dalam menjalankan tugas sebelum ini termasuk tindakan memulangkan kandungan surat Bank Negara Malaysia yang didakwanya berunsur risikan dan tidak boleh didedahkan kepada umum.
"Biar Select Committee yang tentukan sama ada apa yang saya cakap mengenai surat ini betul atau tidak," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#1MDB
#Dewan Rakyat
#Hasan Arifin
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#Lim Guan Eng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan