KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuka 20 kertas siasatan terhadap pembekal perkhidmatan mudah alih hasil daripada aktiviti audit pengukuran kualiti perkhidmatan yang dijalankan di seluruh negara sepanjang tahun lepas.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, dua kompaun telah dikeluarkan kepada pembekal perkhidmatan yang tidak mencapai piawaian yang ditetapkan.
Menurutnya, satu kompaun ditawarkan berjumlah RM60,000 manakala satu lagi sedang diproses dengan jumlah sebanyak RM20,000.
“Kompaun-kompaun tersebut melibatkan perkhidmatan Celcom kerana gagal mencapai piawaian di negeri Sabah dan Unifi Mobile di negeri Melaka dan Pahang.
“SKMM juga telah merancang untuk meningkatkan aktiviti audit pengukuran bermula tahun ini 2022 bagi semua pembekal perkhidmatan di seluruh Malaysia termasuk kawasan pedalaman atau luar bandar.
“Sepanjang tahun 2022, sebanyak 3,000 lokasi telah dirancang di seluruh Malaysia bagi aktiviti audit pengukuran ini yang memfokuskan semua lokasi yang pernah menerima aduan liputan dalam tahun 2021,” katanya.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Selasa bagi menjawab soalan Steven Choong Shiau Yoon (PBM - Tebrau) yang mahu kementerian menyatakan langkah yang telah diambil KKMM dalam memastikan kemudahan akses internet 4G memuaskan.
Tambah Zahidi, sebanyak 2,175 menara baharu akan dibina untuk meluaskan liputan 4G terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.
“Setakat suku keempat 2021, sebanyak 148 menara telah siap dilaksanakan. Sebagai tambahan, sebanyak 5,394 stesen pemancar sedia ada telah dan akan dinaik taraf kepada 4G untuk meningkatkan kualiti liputan kepada pengguna.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,500 stesen pemancar telah siap dinaik taraf,” ujarnya.
Katanya lagi, setakat 25 Januari 2022, sebanyak 1,466 stesen pemancar 3G sedia ada telah dinaik taraf kepada perkhidmatan 4G oleh syarikat penyedia perkhidmatan yang utama iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile.
"Usaha untuk menaik taraf stesen pemancar 3G sedia ada kepada perkhidmatan 4G akan terus dilaksanakan pada tahun ini dengan seberapa segera menggunakan spektrum sedia ada bagi meningkatkan kapasiti serta kualiti jalur lebar mudah alih kepada pengguna," katanya.
Ridauddin Daud
Tue Mar 15 2022
Menurut Zahidi, setakat 25 Januari 2022, sebanyak 1,466 stesen pemancar 3G sedia ada telah dinaik taraf kepada perkhidmatan 4G oleh syarikat penyedia perkhidmatan yang utama iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile. - Gambar fail/BERNAMA
Stability AI dilapor dalam perbincangan jual syarikat
Mengikut laporan, Stability AI telah kerugian lebih $30 juta, dan mempunyai hutang hampir $100 juta dari segi bil untuk membayar pelayan dan sebagainya.
Kronologi anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
"Polis percaya kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas, Jemaah Islamiah (JI)," menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
#AWANInews
#AWANInews
Ronaldo tiada hasrat untuk bersara, masih berminat teruskan karier
Pada usia 39 tahun, Ronaldo masih mempunyai motivasi yang tinggi untuk bersaing dengan "singa muda."
Meta uji paparan web untuk Threads dengan rekaan umpama Tweetdeck
Dengan langkah ini, pengguna boleh menyusun pelbagai lajur-lajur berbeza dan memantaunya dengan mudah melalui hanya satu paparan.
AFC sokong saranan gantung Israel
Presiden AFC suarakan sokongan terhadap usul Persatuan Bola Sepak Palestin agar Israel digantung daripada FIFA berikutan serangan tidak berpenghujung di Gaza.
Niaga SPOTLIGHT: Economic Impacts of Extreme Heat
[TERKINI] Sidang media IGP berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung kes serangan lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Tayar pecah punca nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS
Pemandu yang maut dikenal pasti sebagai Hoo Yoon Wah, 61 tahun.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
UK pertimbang haramkan media sosial untuk pengguna bawah 16 tahun
Kerajaan UK kini dalam proses mempertimbangkan untuk mengehadkan media sosial ke atas pengguna bawah 16 tahun termasuk mengharamkan terus.
Internet pantas di kawasan Felda bantu peneroka pasar produk - Ahmad Shabery
Perkhidmatan internet pantas dapat meningkatkan ekonomi digital seperti membantu peneroka memasarkan produk dan terlibat dalam e-dagang.
KKD, KPT laksana tindakan segera pastikan kesalinghubungan di kampus semakin baik
Katanya, isu utama mengenai kesalinghubungan di kampus adalah berkaitan jalur lebar talian tetap di dalam bangunan dan asrama.
Pakej jalur lebar RM69 inisiatif terbaik turunkan kos sara hidup
Pakej itu dilihat berpatutan dan memberi peluang kepada golongan rentan yang mahu melanggan pakej Internet pada harga lebih murah.
Kualiti internet menurun, Malaysia masih dalam kedudukan 40 terbaik kesejahteraan digital
Indeks Kualiti Hidup Digital ialah kajian yang dilakukan bagi menilai kualiti kesejahteraan digital di 117 negara atau 92 peratus daripada populasi global.
Gagal beri perkhidmatan bermutu, pembekal Internet berdepan tindakan - MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan mengenakan tindakan kawal selia terhadap pembekal yang didapati gagal menyediakan perkhidmatan Internet berkualiti.
Rusia hadkan akses terhadap Google News
Sejak bermulanya pencerobohan ke atas Ukraine pada 24 Feb, kerajaan Rusia telah mengetatkan kawalan terhadap maklumat di Internet.
Dewan Rakyat: SKMM buka 20 kertas siasatan terhadap pembekal perkhidmatan mudah alih
Satu kompaun ditawarkan berjumlah RM60,000 manakala satu lagi sedang diproses dengan jumlah sebanyak RM20,000.
Uma Akeh pedalaman Miri sudah ada internet, pelajar boleh PdPR, petani boleh pasarkan produk
Kira-kira 800 penduduk Uma Akeh, Long Lama cukup gembira apabila kawasan perkampungan mereka kini mempunyai capaian jalur lebar.
PRN Sarawak: SOP baik, namun perlu tambahan untuk elak penularan COVID-19 - Dr Malina
Secara keseluruhan, SOP PRN Sarawak adalah baik, namun, masih ada risiko yang perlu diambil kira seperti ceramah dan ziarah dari rumah ke rumah.