NATIONAL
Di Kelantan hanya tiga pintu sempadan diwartakan yang dibenarkan untuk rakyat lintas sempadan - MKN

Hamzah ketika bercakap kepada pengamal media berkenaan isu rentas sempadan selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang hari ini. - Foto BERNAMA
PASIR MAS: Mulai 1 Dis ini sesiapa sahaja yang menggunakan laluan haram Sungai Golok-Rantau Panjang untuk melintasi sempadan negara akan ditahan, kata Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan) Majlis Keselamatan Negara (MKN) Hamzah Ishak.
Ringkasan AI
- Penahanan Pengguna Laluan Haram: Mulai 1 Disember, sesiapa yang menggunakan laluan haram Sungai Golok-Rantau Panjang untuk melintasi sempadan akan ditahan.
- Pintu Sempadan Dibenarkan: Di Kelantan, rakyat Malaysia hanya dibenarkan melalui tiga pintu sempadan yang diwartakan untuk melintasi sempadan Malaysia-Thailand.
- Pelaksanaan Undang-Undang: Undang-undang ini akan dilaksanakan demi kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia, termasuk isu pelajar yang menggunakan laluan haram untuk bersekolah di Rantau Panjang.
"KPM telah ada strategi dan sebagainya, Insya-Allah kita kena laksanakannya demi kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri mesyuarat MKN selama tiga jam di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, di sini, hari ini.
Berhubung isu pelajar berulang-alik melintasi sempadan untuk ke sekolah menggunakan laluan yang tidak dibenarkan, Hamzah berkata satu mekanisme khusus akan dibincangkan dengan KPM bagi menangani perkara itu.
Beliau berkata perkembangan berhubung perkara itu akan dimaklumkan oleh Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat dari semasa ke semasa.
Sementara itu Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz ketika ditemui berkata bagi mengatasi isu pelajar menggunakan pangkalan haram untuk melintasi sempadan, jabatan pendidikan telah mengadakan perbincangan lanjut seperti akan yang diputuskan.
Beliau berkata dalam perbincangan yang diadakan, beberapa cadangan telah diutarakan, dan semua cadangan itu akan diangkat kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Media sebelum ini melaporkan hampir 500 murid dan pelajar dari Thailand menggunakan pangkalan haram bagi merentasi Sungai Golok setiap hari untuk ke sekolah di Malaysia.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami