Sejak kebelakangan ini teknologi pemanduan autonomous ataupun tanpa pemandu semakin kerap mendapat berita. Google sendiri pun sedang giat membangunkan sistem mereka sendiri, sepertimana nama-nama besar termasuk Mercedes, Volvo, Toyota dan Nissan. Sebenarnya, teknologi ini sudah lama di dalam penyelidikan, tetapi suatu produk yang siap, praktikal, dengan kos bersesuaian dan selamat masih jauh lagi dari kenyataan. Sekurang-kurangnya, itulah yang diberitahu kepada kami.
Selepas melihat Audi RS 7 dengan konsep piloted driving (terma Audi untuk kereta tanpa pemandu) ini, rasa bagaikan ia sudah dekat untuk diperkenalkan pula. Sejarah Audi dalam mengkaji perkara ini sudah lama dikenali:
2009: Sebuah model TTS tanpa pemandu dibawa ke Bonneville Salt Flats, Utah, Amerika Syarikat. tujuannya lebih kepada gimik – ia telah melakar logo Audi di atas permukan bergaram lokasi ini. Tetapi kereta sport ini juga mencatat rekod sebagai kenderaan tanpa pemandu pertama yang mencatat kelajuan sehingga 210km/sj. Audi TTS khas ini dibangunkan dengan kerjasama Audi, Volkswagen, dan pusat kajian automotif Universiti Stanford.
2010: Kereta Audi TTS yang sama dibawa ke ‘litar’ Pikes Peak yang terkenal. Jentera ini melalui kesemua 156 lencongan dalam masa lebih kurang 27 minit dengan kelajuan maksima 72km/sj. Navigasi dibuat menggunakan GPS yang tepat sehingga beberapa sentimeter.
(Ini bukanlah suatu cubaan yang serius untuk mencatat masa terpantas. Maklumlah, sebuah motorsikal vintej Triumph tahun 1971 pun mencatat masa 12 minit 58 saat sewaktu perlumbaan tahun 2014. Cubaan ini lebih kepada ujian untuk sistem)
2012: Kali pertama jentera TTS ini dibawa ke litar, kali ini ke Thunderhill, California. Jumlah jarak hampir 5 kilometer dilalui dalam masa kurang sedikit 2 minit 30 saat. Sesi bertujuan untuk mengetahui kesan pemanduan dengan beban yang tinggi dan keadaan yang ekstrim ke atas kereta tanpa pemandu ini.
2013: Kerajaan di Nevada, Amerika Syarikat telah memberi Audi permit untuk menguji teknologi kereta tanpa pemandu mereka di jalan raya terbuka, menjadikan ia syarikat pengeluar kereta pertama yang mendapat kebenaran ini.
2014: Audi menguji sistem yang sama di sebuah lebuhraya di Florida, Amerika Syarikat.
Kereta tanpa pemandu boleh dikatakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan; dan perubahan ini dipercepatkan dengan pertambahan sistem elektronik pada kereta. Lihat video RS 7 konsep di bawah dan perhatikan bahagian kabin; tiada komputer atau wayar berselerak seperti yang mungkin disangkakan. Sebaliknya ia kelihatan seperti sebuah kereta biasa.
Sebenarnya, sistem pandu sendiri ini telahpun disatukan dengan kawalan elektronik yang standard pada model RS 7. Ini termasuk stereng kuasa elektromekanikal, brek, injap pendikit, dan juga kotak gear 8-kelajuan tiptronik yang seterusnya bersambung dengan pacuan quattro model ini.
Menurut Audi, jentera konsep ini mengambil masa lebih sedikit 2 minit untuk mengelilingi litar Hockenheim. Ini satu pencapaian yang cemerlang kerana 1 minit 33.5 saat adalah masa yang cukup baik untuk seorang pemandu DTM mendapat tempat di grid hadapan selepas peringkat kelayakan. Tambahan lagi, ia menepati jangkaan awal pihak jurutera yang membayangkan masa 2 minit 10 saat. Jadi bagaimana Audi memberikan kereta ini kemampuan untuk bergerak secekap itu?
Asasnya adalah isyarat GPS untuk orientasi di atas litar dengan ketepatan 1 sentimeter. Dan data GPS ini dipancarkan kepada kereta menerusi WLAN/WiFi (menggunakan standard automotif), dan radio berfrekuensi tinggi sebagai sumber kedua/bantuan. Maklumat ini juga dibandingkan secara ‘real-time’ menerusi imej yang disimpan di dalam sistem dengan gambar yang diambil menggunakan kamera 3D. Kaedah ini memberikan sistem panduan satu rujukan tambahan.
Buat masa ini, sudah ada beberapa komponen di dalam sistem tanpa pemandu yang sudahpun dilengkapkan kepada model produksi - Audi A6 dan Audi A7 Sportback. Ini termasuk:
Audi side assist – Juga dikenali sebagai ‘blind spot information system’ yang menggunakan sensor untuk memberitahu kehadiran objek di luar kawasan cermin sisi. Pemberitahuan dibuat dengan lampu LED.
Audi active lane assist – Di atas kelajuan 65km/sj, kamera yang dipasang pada cermin pandang belakang mengesan garisan jalan di hadapan kereta. Bersama-sama maklumat kelajuan dan hala-tuju, stereng mampu untuk memperbetulkan arah dengan sendiri. Namun ia tidak berkesan untuk lencongan yang terlalu tajam. Pada waktu ini pemberitahuan diberikan dengan getaran pada stereng.
Adaptive cruise control with stop & go – Radar digunakan untuk mengekalkan jarak minima pada kenderaan hadapan serentak dengan penggunaan cruise control. Apabila kereta hadapan terlalu dekat, pendikit kuasa dikurangkan ataupun brek digunakan, semuanya secara automatik. Jika kelajuan tidak dikurangkan dengan cukup, pemandu akan menerima pemberitahuan secara bunyi supaya membuat tindakan sepatutnya.
(Klik imej untuk saiz penuh)
Astro Publication
Wed Oct 22 2014
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
AWANI Tonight: PM launches National AI Office
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim launches the national artificial intelligence office today, with the aim to position Malaysia as a regional AI hub.
AWANI Tonight: Australia to charge tech companies for news content
Australia is set to introduce new rules that will penalise big tech companies if they don't compensate Australian media outlets for news content on their platforms.
Lebih RM75.9 juta kerugian akibat penipuan dalam talian dilaporkan di Melaka
Lebih RM75.9 juta kerugian dilaporkan akibat penipuan dalam talian di Melaka, membabitkan 1,845 kes setakat 10 Dis lalu.
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang ini manakala situasi bencana itu di Terengganu dan Pahang kian pulih.
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
Delphi – Menuju ke pemanduan autonomous
Delphi kongsikan antara ramuan-ramuan penting bagi mencapai pemanduan autonomous
Dipandu oleh ‘robot’ sejauh 5,470km
Dari San Francisco hingga New York dan pemandu hampir tidak perlu melakukan apa-apa
Konsep pemanduan ‘autonomous’ jadi perhatian
Dari litar lumba ke ‘ekspedisi’ sejauh 900km, konsep ‘piloted driving’ Audi membuktikan kemampuannya
Di litar dengan kereta tanpa pemandu
Audi RS 7 konsep ini cuma 30 saat lebih perlahan daripada pemandu profesional di litar Hockenheim. Pemanduan autonomous sudah semakin hampir?