awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WDS 2026 platform pendedahan teknologi pertahanan global - Mohamed Khaled
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Di sebalik perkembangan politik, Kelantan harap usaha tangani COVID-19 tidak terbantut - MB

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
04/08/2021
07:16 MYT
Di sebalik perkembangan politik, Kelantan harap usaha tangani COVID-19 tidak terbantut - MB
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri tidak terkesan dengan keadaan yang berlaku di peringkat Pusat. - Gambar fail
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menzahirkan harapan usaha menangani kes COVID-19 tidak terbantut susulan situasi ketidaktentuan politik yang berlaku ketika ini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri tidak terkesan dengan keadaan yang berlaku di peringkat Pusat.
“Apa yang berlaku ini tidak menyebabkan usaha menangani COVID-19 tergendala… dan untuk pendekatan mereka terpulanglah kita tak dapat nak jangka sebab perubahan boleh berlaku macam-macam.
“Hasrat saya sebagai ketua kerajaan negeri nak lihat suasana aman dan orang Melayu bersatu padu menjunjung ketinggian agama Islam. Kita sayang kepada perpaduan Melayu dan kedudukan Islam setinggi-tingginya, setakat ini kita Alhamdulilah tak ada apa-apa (di) peringkat Pusat kita tunggu dan lihat,” jelas Ahmad lagi.
Beliau berkata demikan ketika diminta mengulas reaksi semasa membabitkan penarikan sokongan sebahagian Ahli Parlimen UMNO terhadap kerajaan Perikatan Nasional di kediamannya di sini, hari ini.
Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas turut menjelaskan, di peringkat parti pula, Pas mengambil sikap tunggu dan mengikuti perkembangan yang sedang berlaku.
Ketika ini, kata beliau, hubungan antara Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas dan UMNO juga berada di kedudukan yang baik.
Dalam masa sama, Ahmad menasihatkan rakyat Kelantan agar tidak bimbang dengan perkembangan politik semasa kerana kemelut itu tidak melibatkan pentadbiran di peringkat negeri.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika dihubungi pula memaklumkan, Pas mengambil sikap tunggun dan lihat perkembangan yang berlaku dan sebarang keputusan akan diumumkan di peringkat Pusat.
[LAPOR LANGSUNG] 'Tiada isu peletakan jawatan' - Muhyiddin
Topic Berkaitan
#Kelantan
#COVID-19
#perkembangan politik
#ketidaktentuan politik
#menteri besar kelantan
#Ahmad Yakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan