awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dialog antara agama hapus ruang kecurigaan - Jamil Khir

Bernama
Bernama
25/09/2016
00:13 MYT
Dialog antara agama hapus ruang kecurigaan - Jamil Khir
Beliau berkata setiap agama di negara ini seolah-olah masih berada dalam kerangka masing-masing.
Ruang-ruang kecurigaan dan tidak puas hati di kalangan penganut pelbagai agama di negara ini perlu dihapuskan melalui penganjuran pelbagai program seperti dialog antara agama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata walaupun keharmonian antara agama telah lama dicapai, namun setiap agama di negara ini seolah-olah masih berada dalam kerangka masing-masing.
Setiap perbincangan agama dilihat terlalu peribadi dan hanya untuk dikongsikan kepada penganut agama tersebut, katanya.
"Kita berbicara pada kelompok dan khalayak masing-masing, kita belum pernah sanggup duduk semeja bincang secara terbuka; bukan soal untuk kita cross (melintas) kepada agama dan salahkan agama masing-masing..," katanya.
Beliau berucap menutup Program Dialog Antara Agama bertemakan 'Memelihara Sensitiviti Agama Asas Perpaduan dan Keharmonian Negara' di Universiti Utara Malaysia pada Sabtu.
Jamil berkata bunga-bunga perbalahan yang wujud ketika ini perlu ditahan pertumbuhannya bermula sekarang bagi mengelakkan ia menjadi ejen merosakkan perpaduan negara.
Jelasnya, ini kerana era zaman teknologi sekarang menyaksikan lambakan aplikasi media baharu memberikan cabaran hebat dan dikhuatiri mampu menggugat hubungan antara agama.
Dalam majlis itu juga, UUM diwakili Naib Canselornya Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) diwakili Ketua Pengarah YaPIEM Datuk Abibullah Samsudin menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam usaha menjana pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara.
Ini bagi memenuhi agenda penubuhan YaPEIM dalam meningkatkan sosio ekonomi komuniti luar, membasmi kemiskinan dan memperkasa pembangunan gender khususnya wanita dan pembinaan kapasiti golongan belia.
Topic Berkaitan
#Jamil Khir Baharom
#keharmonian antara agama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan