awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran sedia berdepan ‘perang habis-habisan' dengan Barat - Presiden Masoud Pezeshkian
Thailand-Kemboja capai gencatan senjata, 18 tentera akan dibebaskan
EPL: Aston Villa bangkit tundukkan Chelsea 2-1 di Stamford Bridge
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dianugerahkan 'Tan Sri' oleh Agong merupakan penghargaan buat warga KKM - Dr Noor Hisham

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
17/08/2020
03:40 MYT
Dianugerahkan 'Tan Sri' oleh Agong merupakan penghargaan buat warga KKM - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berkata, penghargaan itu bukan hanya untuk beliau semata-mata, tetapi juga kepada semua petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia. - Foto BERNAMA
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham merupakan antara individu yang dikurnia Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran 'Tan Sri'.
Gelaran tersebut dianugerahkan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.
Dalam reaksi beliau kepada Astro AWANI, Dr Noor Hisham berkata, penghargaan itu bukan hanya untuk diri beliau semata-mata.
Sebaliknya, ia merupakan penghargaan kerajaan kepada semua petugas barisan hadapan terutama dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Alhamdulilah. Ini merupakan satu penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Ia sekali gus merupakan lambang kepercayaan dan penghargaan Kerajaan kepada penjawat awam," katanya kepada Astro AWANI.
Selain Dr Noor Hisham, sejumlah besar petugas barisan hadapan dan warga KKM turut dikurnia pelbagai pingat.
Mereka mewakili pelbagai latar belakang, termasuk pakar perubatan, petugas kesihatan hinggalah ke petugas sokongan kesihatan seperti pemandu kenderaan, penolong pegawai tadbir dan pembantu perawatan kesihatan.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Noor Hisham Abdullah
#penjawat awam
#pingat kebesaran
#Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan