awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Didakwa belasah isteri hingga mati, bapa empat anak dihadap ke mahkamah

Astro Awani
Astro Awani
09/05/2022
03:30 MYT
Didakwa belasah isteri hingga mati, bapa empat anak dihadap ke mahkamah
Seorang mekanik yang didakwa membelasah isterinya sehingga mati sehari sebelum Aidilfitri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang, pada Isnin. -Gambar fail
KAJANG: Seorang mekanik yang didakwa membelasah isterinya sehingga mengakibatkan kematian mangsa sehari sebelum Aidilfitri dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, pada Isnin.
Bapa kepada empat anak, Mohd Syawalludin Ismail, 38, hanya mengangguk kepala tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain.
Namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh Siti Nadirah Mohd Nazul, 28, di sebuah rumah di Taman Koperasi Maju Jaya, di sini, di antara pukul 12 tengah malam dan 3.30 pagi, 1 Mei lalu.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Husna Amran manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 14 Jun depan untuk serahan dokumen.
Pada Jumaat lalu, media melaporkan seorang wanita disepak dan dipukul dengan senjata tumpul sehingga mati dalam kejadian di sebuah flat di Balai Batu 9, Cheras, di sini, pada 1 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dilaporkan berkata, kejadian disebabkan oleh suspek yang marah selepas mengetahui tindakan mangsa menghebahkan situasi rumah tangga mereka di media sosial.
Katanya, wanita itu dihantar ke Hospital Kajang dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh suaminya, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
Difahamkan, pasangan suami isteri itu mempunyai empat anak berusia tujuh, enam dan tiga tahun manakala bongsu berusia enam bulan.
Topic Berkaitan
#belasah isteri
#suami curang
#Mohd Syawalludin Ismail
#Siti Nadirah Mohd Nazul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan