awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Didakwa 'takut mati', Dr Noor Hisham perincikan lawatan ke Sabah

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
14/11/2020
09:10 MYT
Didakwa 'takut mati', Dr Noor Hisham perincikan lawatan ke Sabah
Dr Noor Hisham turut berkongsi foto beliau menyantuni petugas kesihatan dalam kunjungannya ke Sabah. - Gambar Faceboook
KUALA LUMPUR:Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkongsi semula muat naik lawatan beliau serta timbalannya, Datuk Dr Chong Chee Keong ke negeri Sabah.
Menerusi muat naik status di laman Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata, beliau sendiri turun ke padang untuk melihat kesiapsiagaan pasukannya di lapangan pada Ogos lalu.
"Saya sempat melihat sendiri kesiapsiagaan makmal kesihatan awam Kota Kinabalu yang telah dipertingkatkan keupayaan makmal melaksanakan ujian RT-PCR kepada 2,500 ujian seharian.
"Saya juga sempat melibat urus dengan warga makmal dan petugas kesihatan di lapangan untuk memdengar sendiri segala isu dan cabaran terkini," kongsinya di laman Facebook beliau pada Sabtu.
Di samping itu, Dr Noor Hisham berkata, beliau turut melaksanakan libat urus dengan semua ketua jabatan dan pakar perubatan dan kesihatan awam di Sabah secara sidang video.
Sumber Facebook DGHisham
Selain itu, bukan sahaja beliau, Dr Chong Chee Keong turut berkunjung ke Sabah baru-baru ini.
"Timbalan saya, Datuk Dr Chong Chee Keong turut turun padang melihat sendiri perkhidmatan kesihatan awam baru-baru ini.
"Beliau masih menjalani tempoh kuarantin 14 hari sejurus kembali dari negeri Sabah.
"Insya-Allah kita menggalas tanggungjawab bersama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dalam negara," katanya.
Muat naik itu sekali gus menjawab dakwaan Ahli Parlimen Bintulu , Datuk Seri Tiong King Sing yang menyifatkan Dr Noor Hisham takut untuk ke Sabah memantau situasi jangkitan COVID-19 di negeri itu.
Ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 pada 11 November lalu, King Sing mengatakan Dr Noor Hisham 'takut mati' dan mempersoal mengapa beliau tidak turun padang selain hanya membuat sidang media setiap hari.
BACA: COVID-19: Tidak timbul isu takut mati, KP Kesihatan jawab tuduhan
Bagaimanapun, kenyataan itu mendapat tentangan daripada beberapa Ahli Parlimen.
Sumber Facebook DGHisham
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#kesihatan
#COVID-19
#Tiong King Sing
#Ahli Parlimen Bintulu
#Noor Hisham takut mati
#dakwaan di Parlimen
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan