PUTRAJAYA: Pelaksanaan Identiti Digital Nasional atau Digital ID akan memastikan perlindungan data peribadi dan keselamatan siber sentiasa terkawal selain memudah cara perkhidmatan awam dan swasta, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata pelaksanaan Digital ID juga tidak memerlukan perakaman biometrik seperti cap jari, pengecaman wajah atau iris pengguna, dan pendaftaran Digital ID hanya memerlukan MyKad serta imbasan cap jari untuk kesahihan, sama seperti pengguna menjalankan urusan di bank.
"Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi 'MyDigital ID' dan mengimbas kod QR bagi mencipta 'MyDigital ID' dalam telefon bimbit. Jadi tak ada nak rakam atau tanam cip (dalam badan)," katanya kepada media selepas membuat pendaftaran Digital ID sebelum menghadiri mesyuarat Kabinet, di sini hari ini.
Katanya Digital ID memberi akses kepada perkhidmatan awam dari segi bantuan serta semua aplikasi kerajaan dengan mennggunakan 'single log in' atau log masuk tunggal menerusi MyDigital ID.
"Maksudnya dengan adanya MyDigital ID ini kalau kita buka MyJPJ, MyJalan, (kemudian) kita pergi ke LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) - tak payah nak ingat kata laluan lagi, semua akan guna satu log masuk sahaja.
"Itulah sebenarnya manfaat paling besar apabila kita gunakan MyDigital ID, lebih pantas. Di pihak kerajaan pula dan juga mana-mana pihak yang ingin menggunakan MyDigital ID, ada penjimatan sebab tak payah bina apa yang disebut sebagai pangkalan data komponen e-KYC (electronic Know Your Customer). Semua akan rujuk dengan Jabatan Pendaftaran Negara," katanya.
Fahmi berkata pihaknya menyasarkan 1.6 juta pengguna Digital ID iaitu kebanyakannya penjawat awam, memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan mereka berbuat demikian sebagai permulaan.
Beliau berkata walaupun terdapat kelonggaran pada peringkat awal untuk tidak perlu mendaftar dengan Digital ID bagi mendapatkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), namun pada masa akan datang terdapat keperluan dan kewajaran untuk mendaftar, kerana ia memudahkan banyak proses, di samping menimatkan kerajaan dan memudahkan rakyat.
Digital ID merupakan suatu bentuk pengenalan diri individu secara digital yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta, untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi dalam talian.
Tanpa menggantikan sistem MyKad, Digital ID merupakan platform yang dipercayai dan selamat, serta memudahkan pengesahan identiti bagi mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023

Fahmi berkata, pendaftaran Digital ID hanya memerlukan MyKad serta imbasan cap jari untuk kesahihan. - Gambar/ Bernama
China laksanakan dasar pengecualian kepada lima negara LAC
China memutuskan untuk melaksanakan dasar pengecualian visa kepada pengembara dari lima negara Latin Amerika dan Caribbean (LAC).
Chris Brown hadir di mahkamah Manchester, dakwaan serangan
Menurut polis Chris Brown ditangkap dan didakwa melakukan serangan hingga kecederaan parah pada Februari 2023.
Trump akan bertemu Putin akhiri perang
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Jumaat berkata beliau akan bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin “secepat mungkin” untuk menamatkan perang Rusia-Ukraine.
Penunjuk perasaan pro-Palestin berhimpun peringati ulang tahun ke 77
Penunjuk perasaan terdiri memegang plakad mengutuk kekejaman Israel di Gaza ketika ini.
Polis Sweden dedah rakaman kamera badan tembakan di sekolah, Februari lalu
Suspek yang dikenali sebagai rickard andersson menembak mati sepuluh pelajar dan guru di Sekolah Risbergska di bandar orebro sebelum membunuh diri dalam kejadian 4 Februari lalu.
Kekalkan Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden PKR- Nik Nazmi
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan sokongannya agar Datuk Seri Rafizi Ramli dikekalkan sebagai Timbalan Presiden parti itu bagi memastikan kesinambungan kepimpinan dan kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya akan datang.
Rapat AMK 2025 bakal himpun perwakilan cabang seluruh negara
Menurut Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Muhammad Kamil Abdul Munim, rapat AMK itu akan menjadi ruang bagi setiap calon yang bertanding untuk menyatakan visi, misi serta hala tuju mereka.
Ambil inspirasi Nabi Muhammad, harungi cabaran era teknologi - PM Anwar
Umat Islam harus mengambil inspirasi daripada dedikasi junjungan besar Nabi Muhammad SAW terhadap keadilan dan belas kasihan dalam mengharungi cabaran teknologi dan digitalisasi.
Dunia Islam harus proaktif, bangunkan penyelesaian sesuai keperluan - PM Anwar
Dunia Islam perlu menjadi proaktif dalam membangunkan produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan masyarakat dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Guna khidmat kurier, lelaki ditahan dadah bernilai RM2.1 juta dirampas
Polis Pulau Pinang mematahkan taktik pengedaran dadah menggunakan khidmat penghantaran syarikat kurier selepas menahan seorang lelaki dalam serbuan di Butterworth pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 Disember 2023.

PM Anwar individu pertama Malaysia miliki Digital ID
Digital ID ialah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta.