awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
Bomba Negeri Sembilan terima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dikejar tujuh kereta polis 15km, lelaki pandu melulu ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
02/08/2023
13:09 MYT
Dikejar tujuh kereta polis 15km, lelaki pandu melulu ditahan
Anggota cawangan MPV polis terserempak dengan kereta Persona dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan sekitar jam 2 pagi. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki selepas tujuh kereta peronda polis (MPV) mengejarnya sejauh 15 kilometer (km) dalam kejadian di Jalan Tebrau, pada awal pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, anggota cawangan MPV polis terserempak dengan kereta Persona dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan sekitar jam 2 pagi.
"Suspek yang berusia 31 tahun itu, melarikan diri dengan memandu kereta secara melulu, tujuh buah MPV polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan mengekori suspek sejauh 15 kilometer.
"Kenderaan suspek akhirnya berjaya ditahan dalam masa 11 minit selepas merempuh pagar keselamatan di tepi jalan sebuah taman perumahan di Johor Bahru," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurut Raub, kereta Proton Persona dipandu suspek telah dirampas.
"Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah selain mempunyai lima rekod lampau berkaitan jenayah dan empat rekod kes dadah.
"Suspek direman selama empat hari bermula Rabu dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya.
Artikel asal ini diterbitkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#polis kejar lelaki
#Proton Persona
#rekod kes dadah
#IPD Johor Bahru Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan