awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dinding kolam tadahan pecah, kawasan perumahan Saujana Alam banjir

Astro Awani
Astro Awani
29/12/2024
12:00 MYT
Dinding kolam tadahan pecah, kawasan perumahan Saujana Alam banjir
Beberapa video yang tular di media sosial menunjukkan jalan di kawasan perumahan itu ditenggelami air. -JBPM Selangor
SUNGAI BULOH: Dinding sebuah kolam tadahan berhampiran Taman Seri Alam, Saujana Alam pecah pada Ahad, menyebabkan air melimpah ke kawasan perumahan tersebut.

Ringkasan AI
  • Dinding kolam tadahan berhampiran Taman Seri Alam, Saujana Alam pecah, menyebabkan air melimpah ke kawasan perumahan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
  • Pasukan Bomba Sukarelawan Saujana Utama menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 5.15 petang dan segera menghantar lima anggota ke tempat kejadian. Paras air di kawasan terjejas diukur pada 30.5 cm.
  • Usaha pemindahan penduduk terjejas dilakukan dengan kerjasama PBS Saujana Utama. Ini merupakan kali kedua kejadian seumpama itu berlaku sejak 2015.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Beliau berkata, Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) Saujana Utama menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 5.15 petang.
“Susulan laporan itu, lima anggota telah dihantar ke tempat kejadian. Semasa tiba, paras air di kawasan terjejas diukur pada 30.5cm.
“Usaha pemindahan penduduk terjejas segera dilakukan dengan kerjasama PBS Saujana Utama,” katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan, ini merupakan kali kedua kejadian seumpama itu berlaku sejak 2015.
Beberapa video yang tular di media sosial menunjukkan jalan di kawasan perumahan itu ditenggelami air.
Topic Berkaitan
#kolam tadahan
#banjir
#taman seri alam
#Saujana Alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan