awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat berterusan di Sarawak bermula esok hingga 1 Jan - MetMalaysia
Mayat wanita warga emas ditemukan terapung di Taman Tasik Taiping
[TERKINI] Miha calon BN untuk PRK DUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dipenjara tiga bulan curi duit tabung masjid RM14

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
12/12/2018
06:43 MYT
Dipenjara tiga bulan curi duit tabung masjid RM14
Tertuduh turut diberi amaran sekiranya mengulangi kesalahan yang sama hukuman lebih berat akan dikenakan terhadap tertuduh. - Foto Astro AWANI
Seorang remaja berusia 19 tahun dihukum penjara tiga bulan akibat kesalahan mencuri wang berjumlah RM14 dari tabung sebuah masjid.
Majistret Arif Mohamad Shariff menjatuhi hukuman tersebut ke atas tertuduh Muhammad Zarith Iqmal Shahidan.
Ketika membaca hukuman tersebut, majistret meminta tertuduh supaya menginsafi perbuatannya itu dan menjadikannya pengajaran kepada yang lain.
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah memasuki Masjid Al-Muttaqin, Taman Ria, Sungai Petani dan mencuri duit tabung sebanyak RM14 pada 4 Disember 2018 jam lebih kurang 3.50 petang.
Hukuman dijatuhi mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun dan juga denda.
Majistret kemudian menjatuhkan hukuman tiga bulan penjara.
Bagi menggantikan hukuman 3 bulan penjara tersebut, tertuduh diperintahkan menjalani Perintah Kehadiran Wajib iaitu melakukan kerja kemasyarakatan dengan seliaan seorang pegawai penjara selama tempoh 3 bulan dengan 4 jam agregat harian.
Namun jika pegawai penjara membuat aduan tertuduh tidak memberikan kerjasama, tertuduh boleh dihadap semula ke mahkamah.
Tertuduh turut diberi amaran sekiranya mengulangi kesalahan yang sama hukuman lebih berat akan dikenakan terhadap tertuduh.
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Nurulbadriah Mohamed Esa.
Dalam kejadian 3.50 petang 4 Disember lalu, tertuduh ditahan orang awam ketika sedang mencuri wang dari tabung masjid di ruang solat wanita di Masjid Al-Muttaqin, dekat Taman Ria, Sungai Petani.
Topic Berkaitan
#curi
#mahkamah
#masjid
#Masjid Al-Muttaqin
#Seksyen 380 Kanun Keseksaan
#Sungai Petani
#tabung
#Taman Ria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan