awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dirogol bergilir-gilir akibat gagal jawab panggilan telefon teman lelaki

Astro Awani
Astro Awani
14/11/2018
09:06 MYT
Dirogol bergilir-gilir akibat gagal jawab panggilan telefon teman lelaki
Mangsa dibawa ke rumah milik rakan suspek dan suspek kemudian bertindak merogol mangsa secara bergilir bersama rakannya. - Gambar hiasan
Berang dengan sikap bekas kekasihnya yang tidak menjawab panggilan telefonnya, seorang lelaki berusia 18 tahun bertindak merogol gadis berusia 16 tahun itu di sebuah rumah di Sungai Lalang, baru-baru ini.
Kejadian berlaku jam lebih kurang 11 malam pada 11 Nov lalu di sebuah rumah di Taman Bandar Baru selepas mangsa dihubungi bekas kekasihnya untuk bertemu. Sebaik bertemu, mangsa dibawa ke rumah milik rakan suspek dan suspek kemudian bertindak merogol mangsa secara bergilir bersama rakannya.
Selepas melakukan perbuatan keji itu, suspek menghantar mangsa pulang dan mangsa kemudian memberitahu kedua ibu bapanya tentang kejadian itu.
Ibu bapa mangsa kemudian membawa mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.
Ketua Polis Daerah Kuala, ACP Adzli Abu Shah mengesahkan menerima laporan tersebut.
Susulan laporan itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Bedong bertindak menahan dua suspek berusia 18 dan 19 tahun dalam serbuan berasingan di dua rumah dekat Bedong antara pukul 1 dan 2 pagi tadi.
Kedua-dua suspek kemudian direman mulai hari ini sehingga 20 Nov bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#lelaki
#rogol
#Seksyen 376 Kanun Keseksaan
#siasatan
#teman lelaki
#teman wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan