awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NVIDIA dilapor tangguh rundingan pelaburan sehingga AS$100 bilion dalam OpenAI
LHDN umum perubahan portfolio TKPE, perkukuh keberkesanan organisasi
UM bantu polis kesan Nawal Shahirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Discord lapor butiran peribadi pengguna digodam melalui perkhidmatan pihak ketiga

Amanz
Amanz
07/10/2025
07:49 MYT
Discord lapor butiran peribadi pengguna digodam melalui perkhidmatan pihak ketiga
Data peribadi pengguna Discord telah digodam melalui platform perkhidmatan pelanggan pihak ketiga, bukan sistem utama Discord. -Gambar Amanz
DISCORD, platform komunikasi antara gamer terkemuka, baru-baru ini mengeluarkan kenyataan memaklumkan bahawa data peribadi pengguna mereka telah digodam dan sejumlah butiran telah dicuri, tetapi akaun-akaun pengguna masih lagi selamat.

Ringkasan AI
  • Data peribadi pengguna Discord telah digodam melalui platform perkhidmatan pelanggan pihak ketiga, bukan sistem utama Discord.
  • Maklumat yang terjejas termasuk nama penuh, emel, alamat IP, empat digit terakhir kad debit/kredit, dan mesej sokongan, namun akaun pengguna dan mesej peribadi kekal selamat.
  • Discord telah memutuskan sambungan dengan penyedia perkhidmatan tersebut, memaklumkan pengguna terkesan, dan menasihatkan agar menukar kata laluan sebagai langkah berjaga-jaga.

Godaman butiran ini bukanlah diakibatkan oleh platform Discord sendiri, tetapi melalui platform perkhidmatan pelanggan pihak ketiga yang secara lazimnya menjawab pelbagai soalan dan kemusykilan oleh pengguna platform tersebut ataupun telah menghantar tiket untuk menyelesaikan masalah berkaitan akaun Discord mereka.
Menurut beberapa laporan, butiran yang telah digodam dan dicuri termasuklah nama penuh, alamat emel, alamat IP, empat nombor terakhir kad debit/kredit pengguna dan nama ID pengguna.
Butiran permesejan diantara pengguna dan pihak perkhidmatan pelanggan juga telah dikompromi, tetapi permesejan di antara pengguna masih lagi selamat.
Discord has begun sending e-mails notifications about a cybersecurity incident which occurred September 20th, 2025. It appears people who submitted support tickets are the ones primarily impacted. Literally peoples entire identity stolen from this shit pic.twitter.com/5WlhAYbihG
— vx-underground (@vxunderground) October 3, 2025
Discord berkata insiden godaman ini berlaku pada 20 September lalu, dan mereka telah memutuskan sambungan data pengguna daripada syarikat perkhidmatan pelanggan tersebut dan telah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan bahawa tiada butiran sensitif lain telah digodam oleh pihak pengguna.
Pihak Discord juga mengatakan bahawa mereka telah menghantar notis kepada semua pengguna yang terkesan dalam insiden ini.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pengguna juga dinasihat untuk menukar kata laluan akaun Discord untuk memastikan bahawa akaun mereka kekal selamat. -Amanz
Topic Berkaitan
#Discord
#Data peribadi pengguna digodam
#platform perkhidmatan pelanggan pihak ketiga
#penyedia perkhidmatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami