awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diserang sakit jantung semasa tawaf di Masjidilharam, jemaah haji Malaysia kedua meninggal dunia

Azlinariah Abdullah
Azlinariah Abdullah
31/05/2024
08:35 MYT
Diserang sakit jantung semasa tawaf di Masjidilharam, jemaah haji Malaysia kedua meninggal dunia
Jenazah disolatkan selepas waktu Zohor di Masjidil Haram semalam, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Syaraiee, Makkah pada petang hari sama. - Gambar hiasan/ AP
MEKAH: Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia, pada Rabu lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang jemaah haji lelaki berusia 58 tahun dari Alor Setar, Kedah meninggal dunia di Makkah akibat serangan jantung ketika menunaikan tawaf umrah.
  • Allahyarham Mohd Zahir Ismail jatuh rebah di mataf dan disahkan meninggal dunia di Hospital Arab Saudi.
  • Jenazah disolatkan di Masjidil Haram dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Syaraiee, dengan pihak TH memberikan bantuan kepada isteri Allahyarham.

Allahyarham Mohd Zahir Ismail, 58, dari Alor Setar, Kedah, menghembuskan nafas terakhir di Masjidilharam setelah diserang sakit jantung ketika mengerjakan tawaf.
Semasa kejadian, Allahyarham dari Maktab 78, dilaporkan dalam keadaan berihram dan sedang menunaikan tawaf umrah pertama bersama-sama isteri dan jemaah dari maktab sama sebelum rebah di mataf (kawasan tawaf di sekitar Kaabah).
"Allahyarham Mohd Zahir Ismail jatuh rebah di mataf dan disahkan meninggal dunia di Hospital Arab Saudi, " kata Ketua Rombongan Haji Malaysia 1445H/2024 Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dalam sidang media di Mekah, hari ini.
Beliau berkata, jenazah disolatkan di Masjidil Haram dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Syaraiee.
Kata Syed Saleh lagi, Allahyarham merupakan jemaah daripada penerbangan KT66 yang baru tiba di Mekah pada 29 Mei, iaitu hari kematiannya.
"Pada waktu malam selepas Isyak, pihak TH menganjurkan semua jemaah untuk melaksanakan umrah pertama.
"Namun beliau tiba-tiba telah jatuh akibat serangan jantung di tempat tawaf," ujar beliau.
Allahyarham kemudiannya dikejarkan ke kinik yang terletak di Masjidil Haram sebelum dibawa ke Hospital Arab Saudi untuk mendapatkan rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia.
"Jenazah disolatkan selepas waktu Zohor di Masjidil Haram pada Khamis, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Syaraiee, Mekah pada petang hari yang sama.
Syed Saleh berkata petugas kebajikan TH, kaunselor serta pembimbing ibadat dan pakar rujuk juga telah menziarahi isteri Allahyarham bagi memberikan bantuan sewajarnya.
Pada 24 Mei lalu, seorang jemaah haji lelaki berusia 72 tahun dari Kubang Pasu, Kedah meninggal dunia di sebuah hospital di Mekah akibat pembuluh darah pecah.
Beliau merupakan jemaah haji Malaysia pertama yang meninggal dunia di Tanah Suci pada musim haji kali ini.
Astro AWANI akan menyediakan pelbagai kandungan sepanjang musim Haji 1445H di sini
Topic Berkaitan
#Laporan Haji 2024
#jemaah malaysia
#meninggal dunia
#tawaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan