awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disindir ambil gaji Menteri Kewangan, Anwar jelas fakta sebenar

Sinar Harian
Sinar Harian
05/12/2022
16:55 MYT
Disindir ambil gaji Menteri Kewangan, Anwar jelas fakta sebenar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.
Ujar beliau, dakwaan bahawa beliau hanya mengambil gaji sebagai Menteri Kewangan itu adalah tidak benar.
“Ada yang menyindir kononnya saya tak ambil gaji sebagai Perdana Menteri tapi akan ambil gaji sebagai Menteri Kewangan.
“Salah. Faktanya, skim gaji ini satu saja.
“Maknanya saya tidak akan ambil gaji sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan sekali gus,” katanya dalam ciapan di Twitter rasmi pada Isnin.
Pada 24 November, Anwar dalam sidang medianya sebagai Perdana Menteri, mengulangi sekali lagi pendirian tidak akan mengambil gaji bagi jawatan berkenaan.
Menurutnya, keputusan tersebut merupakan langkah pertama untuk memulih keyakinan rakyat terhadap pimpinannya.
Pada Isnin, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut memaklumkan bahawa kesemua menteri kabinet bersetuju untuk melakukan potongan gaji sehingga 20 peratus.
Persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat khas kabinet yang berlangsung pada pagi Isnin.
Menurutnya, pemotongan gaji itu akan disemak semula selepas ekonomi kembali pulih.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gaji menteri kewangan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#ekonomi
#Kabinet Perpaduan
#PM10
#Tumpuan PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan