awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes tembakan: Polis Selangor giat lakukan operasi bersama JSJ Bukit Aman
Penentuan sempadan Malaysia-Indonesia bukan bersandarkan prinsip pampasan, untung rugi - PM Anwar
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diskaun, pelanjutan tempoh pembayaran kompaun pengusaha pelancongan diluluskan - MOTAC

Bernama
Bernama
30/06/2022
09:58 MYT
Diskaun, pelanjutan tempoh pembayaran kompaun pengusaha pelancongan diluluskan - MOTAC
Kelonggaran itu adalah inisiatif kerajaan dalam membantu penggiat industri pelancongan yang masih terkesan akibat penularan wabak COVID-19.
KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan diskaun pembayaran sebanyak 40 peratus dan melanjutkan tempoh pembayaran kompaun yang dikenakan kepada pengusaha pelancongan hingga 30 September ini.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi satu kenyataan hari ini, kelonggaran itu adalah inisiatif kerajaan dalam membantu penggiat industri pelancongan yang masih terkesan akibat penularan wabak COVID-19.
Kenyataan itu turut memaklumkan, pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang gagal memperbaharui lesen turut dikecualikan daripada dikenakan kompaun dalam tempoh berkenaan.
Namun, pengusaha perlu memastikan permohonan pembaharuan lesen yang lengkap dikemukakan dalam masa 30 hari selepas tamat tempoh lesen itu.
Selain itu, pengusaha pelancongan berlesen turut diberi kelonggaran dalam menetapkan keluasan premis perniagaan, menjalankan perniagaan lain di dalam premis masing-masing serta menyewa secara co-share office space.
"MOTAC berharap inisiatif ini dapat membantu meringankan beban penggiat industri yang masih terkesan dengan penularan wabak COVID-19.
"Namun demikian, pihak kementerian menegaskan bahawa kegagalan untuk menjelaskan kompaun yang dikeluarkan boleh menyebabkan tindakan pendakwaan diambil kepada syarikat atau pemandu pelancong yang berkaitan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kompaun
#pengusaha pelancongan
#MOTAC
#diskaun pembayaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan