awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diskaun tol sehingga 20 peratus di Besraya, NPE dan LEKAS sempena Aidilfitri

Bernama
Bernama
30/05/2019
23:00 MYT
Diskaun tol sehingga 20 peratus di Besraya, NPE dan LEKAS sempena Aidilfitri
Pengguna lebuh raya Besraya, NPE dan Lekas akan menerima diskaun tol sebanyak 10 dan 20 peratus sempena Aidilfitri pada 5 Jun ini.
Pengguna Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) akan menerima diskaun tol sebanyak 10 dan 20 peratus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini pada 5 Jun ini.
Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff, dalam satu kenyataan berkata pengguna ketiga-tiga lebuh raya yang dikendalikannya itu akan menikmati diskaun tol bermula dari 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada hari tersebut.
"Pengguna jalan raya yang menggunakan Plaza Tol Mines dan Plaza Tol Loke Yew di BESRAYA bakal menerima diskaun tol 20 peratus; Plaza Tol Pantai Dalam, Plaza Tol PJS2 dan Plaza Tol PJS5 di NPE juga diskaun tol 20 peratus manakala Plaza Tol Ampangan (LEKAS) diskaun 10 peratus.
"Pemberian ini bagi menyokong hasrat kerajaan untuk meringankan beban rakyat dan sebagai inisiatif Tanggungjawab Korporat sempena Aidilfitri buat pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman," katanya.
Selain itu, Wan Salwani berkata pasukan peronda akan ditugaskan bagi memastikan keadaan lalu lintas di sepanjang lebuh raya terkawal dan akan menghulurkan bantuan secepat mungkin kepada pengguna sekiranya berlaku masalah.
"Ikuti saluran media sosial kami di Twitter @BESRAYAtrafik, @NPEtrafik dan @LEKAStrafik, Instagram #besrayahighway, #npehighway dan #lekashighway. Sebarang pertanyaan hubungi hotline kami yang beroperasi 24 jam iaitu 1-800-88-0999 (BESRAYA), 1-300-88-1010 (NPE) dan 1-800-88-8021 (LEKAS)," katanya.
Lebuhraya LEKAS menyediakan akses kepada pengguna dari bahagian timur Kuala Lumpur melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Ampang, Cheras dan Kajang untuk ke Kuala Pilah dan Seremban, manakala pengguna yang ingin ke Melaka dan Johor boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan selepas keluar dari Persimpangan Paroi, Lebuhraya LEKAS.
Pengguna yang ingin ke Pahang boleh melalui laluan keluar Persimpangan Ampangan untuk ke Jalan Jelebu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Besraya
#diskaun tol
#Hari Raya Aidilfitri
#Lebuhraya Baru Pantai
#Lebuhraya Kajang-Seremban
#Lebuhraya Sungai Besi
#LEKAS
#NPE
#Plaza Tol Loke Yew
#Plaza Tol Mines
#Wan Salwani Wan Yusoff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan