awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Team LZJ sahkan Yeoh Kay Bin letak jawatan sebagai ketua jurulatih
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tarik lebih 100,000 pelancong
Kerajaan MADANI martabat Islam dalam tadbir urus negara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disyaki buang bayi di Selama, dua remaja ditahan polis

Bernama
Bernama
07/01/2024
15:49 MYT
Disyaki buang bayi di Selama, dua remaja ditahan polis
Polis berkata bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu ditemukan bersama uri dan tali pusat. - Foto Sinar Harian
IPOH: Dua remaja, masing-masing lelaki berusia 17 tahun dan perempuan berusia 14 tahun, ditahan polis kerana disyaki membuang bayi perempuan di dalam kotak di Pusat Pengajian Islam Nur As-Salam, Kampung Bukit, Sungai Nor, Rantau Panjang di Selama, hari ini.
Ketua Polis Daerah Selama Supt Sarudin Samah berkata dalam kejadian 7.28 pagi semalam, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang lelaki bahawa beliau telah menemukan seorang bayi perempuan di dalam kotak, yang diletakkan di pusat pengajian Islam itu.
Beliau berkata bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu ditemukan bersama uri dan tali pusat, seterusnya telah dibawa ke Hospital Selama oleh pengadu untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum membuat laporan kepada pihak polis berkenaan kejadian tersebut.
"Hasil siasatan, pada 7 Jan 2024 (hari ini) pihak polis telah berjaya membuat tangkapan terhadap suspek seorang lelaki berumur 17 tahun yang dipercayai terlibat membuang bayi tersebut, serta perempuan berumur 14 tahun yang masih dalam rawatan pihak hospital.
"Kedua-duanya merupakan pelajar sekolah. Kes telah selesai dengan tangkapan kedua-dua suspek tersebut," katanya dalam kenyataan, malam ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buang bayi
#Selama
#bayi perempuan
#dua remaja ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan