awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ditahan kerana halang tugas polis, keluar kata kesat

Sinar Harian
Sinar Harian
12/06/2021
21:23 MYT
Ditahan kerana halang tugas polis, keluar kata kesat
Pasangan terbabit kemudian direman tiga hari untuk membantu siasatan. - Gambar hiasan
SUBANG JAYA: Sepasang suami isteri ditahan kerana menghalang tugas polis serta mengeluarkan kata-kata kesat dalam kejadian di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Persiaran Kewajipan di sini, Rabu lalu.
Pemeriksaan polis turut menemui surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang disyaki palsu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, suspek yang menaiki kereta ditahan oleh anggota yang sedang menjalankan tugas pemantauan kira-kira jam 7.26 petang.
"Semasa pemeriksaan, suspek wanita tempatan berusia 42 tahun melakukan provokasi selain mempersoalkan pemeriksaan yang dibuat oleh anggota polis.
"Wanita itu turut merampas dokumen suaminya, lelaki warga Pakistan berusia 33 tahun yang berada di tangan anggota polis," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, susulan itu, kedua-dua individu itu ditahan untuk tindakan lanjut.
Katanya, pasangan terbabit kemudian direman tiga hari untuk membantu siasatan.
Tular rakaman video berdurasi satu minit 59 saat memaparkan seorang wanita memarahi anggota polis selepas dipercayai tidak berpuas hati suaminya ditahan untuk pemeriksaan.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. Ditahan kerana halang tugas polis, keluar kata kesat
Topic Berkaitan
#polis
#Tahan
#suami isteri
#kata kesat
#provokasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan