awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikmal Hisham nafi dakwaan hisap vape dalam Dewan Rakyat

Sinar Harian
Sinar Harian
21/09/2023
07:27 MYT
Ikmal Hisham nafi dakwaan hisap vape dalam Dewan Rakyat
Ikmal Hisham menafikan dakwaan hisap vape dalam Dewan Rakyat. - Foto/ Sadiq Asyraf
SHAH ALAM : Ahli Parlimen Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz menafikan dakwaan menghisap rokok elektronik atau vape dalam Dewan Rakyat selepas gambar beliau memegang objek berbentuk silinder pada mulutnya tular di media sosial.
Memetik laporan portal Free Malaysia Today (FMT), beliau menjelaskan objek yang dimaksudkan ialah sebatang pen dan bukannya vape.
“Semua orang tahu saya bukan kaki merokok, duduk sebelah perokok pun saya tak tahan, apatah lagi merokok, hisap vape jauh sekali,” katanya.
Difahamkan, gambar berkenaan tular di media sosial apabila jurugambar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Sadiq Asyraf memuat naik imej itu di X dengan keterangan ‘betul-betul koyak terus tarik vape sambil keluar dewan’.
Ia berikutan kekecohan yang berpunca daripada komen dibuat Anwar mengenai Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Mohd Radzi Md Jidin di Dewan Rakyat pada Selasa.
Ikmal Hisham yang juga Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) berkata, beliau bersedia untuk memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dengan mengeluarkan surat.
Ujarnya, beliau merupakan penyokong bagi pelaksanaan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok 2022 yang dikemukakan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Sebelum ini, pada 2020, Menteri Luar Negeri ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dikenakan kompaun kerana menghisap vape di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, Hishammuddin tidak mendedahkan jumlah kompaun yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), namun turut memohon maaf selepas dikecam warganet atas kesalahannya itu ketika sidang Parlimen berlangsung. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ikmal Hisham
#vape
#Dewan Rakyat
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan