awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ditutup gara-gara ancaman bom, Aeon Mall Klebang kembali beroperasi esok

Bernama
Bernama
23/08/2023
16:41 MYT
Ditutup gara-gara ancaman bom, Aeon Mall Klebang kembali beroperasi esok
Pihak pengurusan AEON Co (M) Bhd memaklumkan perkara itu melalui hantaran di laman Facebook malam ini. - Foto media sosial/Facebook Zulfadli Zulkarnain
IPOH: Pusat membeli-belah AEON Mall Klebang akan beroperasi seperti biasa esok selepas mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa tentang keselamatan premis itu berikutan kes panggilan yang dipercayai ancaman bom.
Pihak pengurusan AEON Co (M) Bhd memaklumkan perkara itu melalui hantaran di laman Facebook malam ini.
"Selepas pengesahan daripada pihak berkuasa tentang keselamatan premis, AEON kembali memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami. Kami akan beroperasi semula seperti biasa esok, Khamis (24 Ogos 2023) pada 10 pagi.
"Kami memohon maaf atas kesulitan dan amat menghargai kesabaran dan sokongan berterusan anda," katanya.
Petang tadi, bangunan AEON Mall Klebang dikosongkan berikutan panggilan dipercayai ancaman bom.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan menghantar pasukan polis dan bantuan bomba untuk memeriksa lokasi terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aeon Mall Klebang
#kembali beroperasi
#ancaman bom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan