awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diugut sebar video bogel, pengurus kilang rugi lebih RM30,000

Bernama
Bernama
30/08/2022
22:40 MYT
Diugut sebar video bogel, pengurus kilang rugi lebih RM30,000
Suspek telah mengugut mangsa untuk memasukkan bayaran dan sekiranya tidak ditunaikan suspek akan menyebarkan gambar dan video bogel mangsa menerusi WhatsApp, Facebook dan Instagram. -Gambar hiasan
TELUK INTAN: Seorang pengurus kilang kerugian lebih RM30,000 selepas menerima ugutan penyebaran video bogelnya melalui aplikasi WhatsApp oleh kenalan wanita di Taman Langkap, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata mangsa, 55 tahun telah berkenalan dengan suspek wanita yang menggunakan nama panggilan "Lulu" pada 10 Ogos lepas.
Menurutnya, suspek telah mengajak lelaki itu membuat panggilan video melalui WhatsApp dan menunjukkan tubuh bogel tanpa muka lalu mengajak mangsa melakukan perkara yang sama kira-kira pukul 1 pagi lima hari kemudian.
"Suspek telah mengugut mangsa untuk memasukkan bayaran dan sekiranya tidak ditunaikan suspek akan menyebarkan gambar dan video bogel mangsa menerusi WhatsApp, Facebook dan Instagram.
Mangsa kemudiannya telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian mencecah sebanyak RM33,516 kerana bimbang dengan ugutan bersiri itu," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ahmad Adnan, mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Langkap kira-kira jam 6.54 petang semalam apabila menyedari dirinya tertipu dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan peras ugut.
Justeru, orang ramai diingatkan supaya tidak melayan sebarang mesej yang diterima dari mana-mana orang yang tidak dikenali bagi mengelakkan mereka terpedaya dengan sindiket sebegini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ugut sebar video bogel
#Lulu
#Taman Langkap
#Ahmad Adnan Basri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan