PUTRAJAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tahun 2023 sebanyak 3.60 peratus.
Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata agihan itu melibatkan pemberian dividen dengan peruntukan RM357.65 juta yang memberi manfaat kepada 6.25 juta pendeposit.
Menurutnya, dengan pengumuman tersebut ia menjadikan jumlah keseluruhan agihan dividen sebanyak RM1.69 bilion sejak Simpan SSPN diperkenalkan 2004.
“Pemberian dividen 3.60 peratus bagi tahun 2023 ini adalah lebih tinggi berbanding agihan dividen sebanyak 3.05 peratus pada tahun 2022.
“Ini sekali gus menunjukkan kecekapan PTPTN dalam pengurusan dana simpanan dengan efektif berlandaskan tadbir urus yang cemerlang, berintegriti dan strategik bagi memastikan pulangan yang optimum diberikan kepada para pelanggan.
“Pembayaran dividen yang lebih tinggi juga disokong oleh pulangan pelaburan yang positif, dengan keuntungan pelaburan daripada pelaburan deposit untuk 2023 berjumlah RM446.22 juta,” katanya pada sidang media pengumuman dividen SSPN 2023 di kementeriannya di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zaini Ujang dan Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid.
Dividen tersebut akan dimasukkan terus ke akaun Simpan SSPN dan pendeposit boleh membuat semakan penyata simpanan melalui aplikasi myPTPTN mulai Sabtu ini.
Pada tahun 2023, jumlah deposit Simpan SSPN ialah sebanyak RM3.15 bilion, dengan 513,002 akaun baharu direkodkan.
Manakala 2004 hingga 31 dismber 2023, deposit terkumpul di dalam Simpan SSPN adalah berjumlah RM17.39 bilion melibatkan 6.25 juta akaun.
Dalam pada itu, Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim turut menyeru orang ramai terutamanya ibu bapa untuk membuka akaun Simpan SSPN untuk anak-anak.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini mewakili PTPTN kita ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pendeposit yang telah menyimpan dalam Simpan SSPN.
“Dan kita ingin menggalakkan kepada masyarakat di luar yang masih belum membuka akaun Simpan SSPN supaya membuka akaun Simpan SSPN seawal kecil anak itu dilahirkan supaya tidak perlu melakukan pinjaman apabila mahu melanjutkan pelajaran kelak.
“Selain menawarkan kadar dividen yang kompetitif, Simpan SSPN juga memberikan pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000, Geran Sepadan percuma sehingga RM10,000 serta perlindungan takaful ke atas pendeposit,” kata Norliza.
Astro Awani
Fri Apr 05 2024
Zambry (tiga, kanan) bersama Norliza (dua, kanan) menunjukkan plakad dividen Simpan SSPN 2023. - Gambar PTPTN
Utara Gaza hadapi kebuluran yang mungkin merebak ke selatan
Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Cindy McCain hari ini mengesahkan berlaku kebuluran secara menyeluruh di utara Semenanjung Gaza yang mungkin merebak ke sela
Tumpuan Ahad - 05 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.
10 Berita Pilihan - (04 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera
Muhammad Sanusi berkata sebanyak lapan projek dikemukakan untuk persetujuan Kerajaan Persekutuan selain berbelas lagi dimasukkan ke dalam senarai.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
AWANI Ringkas: Bersih anjurkan kongres Mei depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siklon Hidaya hampiri Tanzania
Tanzania berada dalam keadaan berjaga-jaga pada Sabtu apabila Siklon Hidaya bergerak menghampiri kawasan pantai, membawa bersamanya hujan lebat, angin kencang dan ancaman ribut.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, awal pagi tadi.
Kabinet belum bincang kenaikan harga petrol dan diesel, laporan media asing tidak betul - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini berkata Kabinet belum berbincang mengenai kenaikan harga minyak petrol dan diesel.
PTPTN umum dividen Simpan SSPN 3.60 peratus untuk tahun 2023
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tahun 2023 sebanyak 3.6 peratus.
PTPTN catat terimaan deposit RM17.39 bilion sehingga Disember 2023
PTPTN melalui tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional mencatat terimaan deposit berjumlah RM17.39 bilion setakat Disember lepas.
PTPTN perkenal Simpan SSPN, tawar pelbagai keistimewaan
PTPTN memperkenalkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada pendeposit seperti pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun.
BMS 2023 jelajah serata negara, sebar luas seruan manfaat menabung dari awal usia
PTPTN komited dengan matlamatnya menyeru ibu bapa supaya menabung untuk anak-anak bersama Simpan SSPN.
BMS 2023 platform terap budaya menabung
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini melancarkan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 sebagai usaha untuk menjadi produk simpanan pilihan utama masyarakat.
Pelepasan taksiran cukai pendapatan hingga 2024 kepada pendeposit Simpan SSPN
Pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) akan terus menikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan hingga 2024 ke atas simpanan bersih hingga RM8,000 setahun.
PTPTN, UNIMAS meterai MoU galakkan budaya tabungan Simpan SSPN
PTPTN) dan UNIMAS memeterai MoU untuk menggalakkan pembudayaan penabungan melalui Simpan SSPN bagi seluruh warga universiti itu.
Dividen Simpan SSPN 2022 diumum 3.05 peratus, ganjaran kesetiaan 1 peratus
5.73 juta pendeposit akaun Simpan SSPN akan menerima manfaat membabitkan anggaran peruntukan RM266.17 juta.
Guru bawa pulang Mercedes C200 Avantgarde, berkat menabung dengan Simpan SSPN
Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN rai para penabung Simpan SSPN bertuah sempena sambutan jubli perak penubuhan PTPTN.
Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 tawar hadiah hampir setengah juta ringgit
Ia adalah usaha berterusan PTPTN dalam menggalakkan penabungan dan tanda penghargaan pihaknya kepada pendeposit Simpan SSPN.