KUALA LUMPUR:Memasuki tahun baharu 2021, rata-rata pemimpin menzahirkan harapan agar negara pulih daripada penularan pandemik COVID-19 agar ekonomi Malaysia kembali rancak demi kesejahteraan rakyat.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, menerusi akaun Facebook, berkata sektor pembinaan merupakan antara penyumbang utama ke arah memacu kembali ekonomi yang terkesan akibat pandemik itu dan mendoakan agar tahun 2021 memberi sinar baharu kepada negara.
"Alhamdulillah di sebalik cabaran COVID-19 pada tahun ini, cara Malaysia dan kesungguhan pucuk kepimpinan negara dalam menguruskan pandemik ini, yang disokong kerjasama dan disiplin rakyat, mendapat pujian negara luar.
"Sudah tentunya setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat hero kita semua iaitu pasukan barisan hadapan yang berkorban siang malam dalam memerangi COVID-19," katanya.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula memberikan penghargaan tinggi atas pengorbanan petugas barisan hadapan yang mengerah keringat demi menjaga keselamatan rakyat daripada dijangkiti virus berbahaya COVID-19 dan sebilangan besar rakyat yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam usaha mengekang pandemik itu.
"Saya berharap tahun 2021 ada sinar, harapan dan semangat baharu. Semoga kemenangan menjadi milik kita. Selamat menyambut Tahun Baharu 2021," katanya.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dalam hantaran Twitter, menyifatkan 2020 sebagai tahun yang penuh dengan cabaran tidak diduga dan berharap semangat waja rakyat dapat dibawa ke tahun 2021.
"Penularan pandemik COVID-19 telah menuntut perubahan besar dalam kehidupan kita malah mendesak kita untuk mengubah landskap ekonomi dan sosial bagi memastikan kita berjaya," katanya.
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula berharap semangat kebersamaan yang menjadi kekuatan rakyat dalam memastikan apa jua ujian, termasuk COVID-19, tidak menghalang langkah membina masa depan anak-anak, keluarga dan negara.
"Insya-Allah berkat kecekalan, usaha dan doa kita semua, semoga tahun 2021 menjadi tahun yang lebih baik, mudah-mudahan," katanya.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin mengajak rakyat membudayakan amalan baharu dalam memelihara persekitaran demi kemakmuran bersama.
"Kita harus tunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia dan rakyatnya mempunyai sikap dan minda kelas pertama yang cintakan kebersihan. Usaha ini bertepatan dengan Dasar Kebersihan Negara untuk mewujudkan sebuah negara bersih, mampan dan sejahtera melalui pembudayaan amalan kebersihan diri, keluarga, komuniti dan masyarakat," menurutnya dalam satu kenyataan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan dalam hantaran Twitternya mendoakan agar negara terus aman, sejahtera serta harmoni dengan cara dan acuan sendiri selain berharap semua pihak bekerja keras demi negara yang lebik baik dan makmur.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba pula mengingatkan rakyat agar mengambil tanggungjawab bersama dalam usaha memutuskan rantaian pandemik COVID-19 yang masih tidak nampak penghujungnya.
"Tahun 2020 memang sangat mencabar buat kita semua. Pandemik COVID-19 telah mengubah banyak perkara dalam kehidupan dan terpaksa kita harunginya dengan amalan norma baharu.
"Sama-Sama kita ingat-mengingatkan, sama-sama kita jaga kita. Memutuskan rantaian COVID-19 memerlukan usaha kita bersama. Kita lawan sampai menang!" katanya.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata resolusi rakyat bagi tahun 2021 ialah berjuang untuk menghapuskan rasuah kerana ia membebankan rakyat akibat kos yang akan meningkat.
"Selamat sambut 2021, insya-Allah doa kita akan dimakbulkan," katanya.
Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata 2020 adalah tahun yang amat getir buat rakyat di seluruh negara.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyifatkan ujian dan cabaran sepanjang tahun 2020 terus mengukuhkan lagi perpaduan antara rakyat.
"Jadikanlah segala ujian dan cabaran yang kita hadapi sebagai pengajaran yang berguna dalam mencorakkan masa depan negara yang lebih cerah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 31 2020
Pemimpin menzahirkan harapan agar negara pulih daripada penularan pandemik COVID-19 dan ekonomi kembali pulih. - Gambar fail
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Sedang jalani pemulihan akibat COVID-19, Fazli Zainal ucap terima kasih kepada peminat
Menerusi Instagramnya, pelantun lagu Harapan itu turut mendoakan kesejahteraan kepada semua peminatnya.
COVID-19: Petugas barisan hadapan, jangan putus harapan - YDP Agong
Seri Paduka Baginda memahami cabaran besar yang diharungi dan amat menyanjung tinggi pengorbanan yang dicurahkan golongan ini demi membendung wabak COVID-19.
Doakan negara pulih daripada COVID-19, ekonomi kembali rancak pada 2021 - Pemimpin
Memasuki tahun baharu 2021, rata-rata pemimpin menzahirkan harapan agar negara pulih daripada penularan pandemik COVID-19 agar ekonomi Malaysia kembali rancak demi kesejahteraan rakyat.
Belanjawan 2021: Rakyat perlukan bantuan lestari, jangka panjang
Belanjawan kali ini mungkin berbeza dengan yang sebelumnya kerana banyak sektor di negara ini menghadapi kesukaran apabila musibah COVID-19 melanda dunia.
PKPB: Pemilik gimnasium dan salun janji patuhi SOP, harap boleh beroperasi
Mereka harus memastikan sewa kedai dibayar setiap bulan, tidak kurang juga ada yang terkapai-kapai mencari wang untuk membayar pinjaman modal dari rakan atau ahli keluarga mereka.
Mohamed Khaled pula sahkan tanding Naib Presiden UMNO
Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan akan datang.
6 hari menjelang PRU14, ini antara perbualan hangat di Twitter
Ramai di kalangan pengguna media sosial menggunakan platform itu bagi menyalurkan harapan kepada pemimpin yang bakal diberi mandat untuk mewakili suara mereka.
Calon Bebas alternatif terbaik, tidak perlu rosakkan undi - penganalisis
Menurut beliau, calon Bebas adalah alternatif yang perlu diberi perhatian yang lebih oleh para pengundi.
Saya tidak akan pertaruhkan masa depan negara dengan janji manis - Najib
Sebagai perdana menteri, beliau memikul harapan kira-kira 30 juta rakyat di negara ini yang mengharapkan kerajaan menjulang masa depan negara ke satu tahap yang lebih tinggi di masa hadapan.
#BringDevBack: Rakyat Yaman lancar kempen, gesa bangunkan negara semula
Inilah motivasi rakyat Yaman bagi membangunkan negara melalui kempen 'Bring Development Back' di media sosial, di sebalik krisis peperangan yang masih belum berhenti,