awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DoJ: Malaysia tidak perlu campur tangan asing selesaikan 1MDB - Irmohizam

Bernama
Bernama
18/06/2017
23:32 MYT
DoJ: Malaysia tidak perlu campur tangan asing selesaikan 1MDB - Irmohizam
Irmohizam berkata tindakan DoJ seolah-olah didorong motif politik pihak-pihak tertentu yang cemburu dengan apa yang dilakukan kerajaan dalam melakukan transformasi negara. - Gambar fail
Malaysia tidak perlu campur tangan asing dalam menyelesaikan masalah berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sepertimana tindakan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat memfailkan saman sivil terhadap syarikat itu baru-baru ini, kata Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.
Beliau berkata tindakan itu sangat tidak rasional dan profesional, seolah-olah satu konspirasi sedang dirancang untuk menjatuhkan pentadbiran kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Terdahulu, siasatan yang dijalankan tidak menunjukkan apa-apa penyelewengan dikaitkan dengan Perdana Menteri. Hasil siasatan ini turut ditegaskan oleh Peguam Negara bahawa tidak terdapat bukti-bukti berasas untuk dihadapkan ke mahkamah.
"Justeru, tindakan saman DoJ ini sangat meragukan lebih-lebih lagi ia langsung tidak merujuk mana-mana pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya dalam satu kenyataan.
Irmohizam merujuk kepada saman sivil terbaru DoJ bagi mendapatkan semula aset-aset yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata tindakan DoJ seolah-olah didorong motif politik pihak-pihak tertentu yang cemburu dengan apa yang dilakukan kerajaan dalam melakukan transformasi negara.
"Ini sudah menjadikan DoJ bukan sahaja bertindak melulu bahkan juga menuduh tanpa usul periksa. Tidak ada sebab untuk kita mempercayai kenyataan yang dikeluarkan oleh DoJ," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1MDB
#DoJ
#Irmohizam Ibrahim
#Jabatan Keadilan Amerika Syarikat
#motif politik
#Najib Tun Razak
#Peguam Negara
#Perdana Menteri
#saman sivil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan