awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doktor Malaysia rangkul anugerah global berprestij untuk penyelidikan kanser

Bernama
Bernama
05/04/2023
22:30 MYT
Doktor Malaysia rangkul anugerah global berprestij untuk penyelidikan kanser
Dr Woo berkata ia adalah penghormatan besar untuk Malaysia dan pengiktirafan tersebut adalah bukti bahawa rakyat Malaysia boleh menjayakan banyak perkara jika mereka bekerjasama. - Foto UM
KUALA LUMPUR: Profesor Obstetrik dan Ginekologi Universiti Malaya Dr Woo Yin Ling memenangi Anugerah Rachel Pearline 2023 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan globalnya kepada penyelidikan dan amalan kanser di negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Menurut Yayasan Rose dalam kenyataan pada Rabu, Dr Woo telah mengkonseptualisasikan dan melaksanakan Program ROSE (Removing Obstacles to Servical ScrEening) iaitu program saringan serviks inovatif yang menggabungkan pensampelan kendiri HPV.
Program tersebut menawarkan pilihan untuk menggunakan ujian swab kendiri kepada wanita sebagai satu pendekatan yang cepat, tidak menyakitkan dan berkesan untuk membolehkan ujian PCR HPV dijalankan.
"Ujian diproses di makmal Yayasan ROSE sendiri yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan serviks berpusat menggunakan ujian HPV dan keputusan dihantar terus ke telefon bimbit wanita melalui SMS atau WhatsApp.
"Wanita yang didapati positif HPV kemudiannya disambungkan ke hospital tertier terdekat untuk mendapatkan rawatan," menurut kenyataan itu.
Sejak 2019, Program ROSE telah menyaring lebih 23,000 wanita di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, dengan kebanyakan mereka terdiri daripada komuniti yang kurang berkemampuan dan kurang disaring.
Dr Woo dalam kenyataan sama berkata ia adalah penghormatan besar untuk Malaysia dan pengiktirafan tersebut adalah bukti bahawa rakyat Malaysia boleh menjayakan banyak perkara jika mereka bekerjasama.
"Program ROSE adalah kemuncak usaha kerjasama yang besar daripada ramai rakyat Malaysia yang percaya kepada visi Malaysia untuk bebas daripada kanser serviks," katanya.
Program ROSE dilancarkan pada Januari 2019 oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Program tersebut adalah inisiatif Yayasan ROSE yang bermatlamat menjadikan Malaysia antara negara pertama di rantau ini yang bebas daripada kanser serviks, iaitu kanser kedua paling banyak dihidapi wanita di bawah umur 44 tahun, di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WhatsApp
#Program ROSE
#PCR HPV
#kanser
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan