IPOH: Doktor pelatih di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini yang mendakwa menerima ugutan dan diganggu secara seksual oleh seorang doktor diminta segera tampil membuat laporan polis.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan berkata, setakat ini pihaknya dimaklumkan tiada sebarang laporan dibuat mangsa sekali gus menyukarkan siasatan dijalankan.
"Ini satu dakwaan serius yang melibatkan pasukan pengamal perubatan. Sekiranya dakwaan itu benar seperti berlaku, mereka perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa.
"Tindakan sewajarnya termasuk pecat dari jawatan boleh dikenakan ke atas doktor terlibat," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas surat layang yang dikongsi di media sosial mendakwa, seorang doktor lelaki telah mengganggu secara seksual beberapa doktor pelatih wanita di Jabatan Ortopedik HRPB dengan meraba, menyentuh bahagian tali bra, mencubit badan dan peha serta bercakap lucah.
Perkara itu dikatakan telah berlaku sekian lama, namun tidak dilaporkan kerana mangsa takut akan ugutan yang diberikan doktor berkenaan termasuklah mahu memanjangkan tempoh 'tagging' dan latihan selain akan dilabel sebagai pelatih bermasalah.
Sivanesan berkata, dakwaan dan aduan yang dibuat menerusi surat layang seumpama itu boleh diragui kesahihannya serta memberi pandangan negatif terhadap pihak lain.
"Saya khuatir jika dakwaan ini tidak benar, nanti akan merosakkan reputasi dan nama baik pegawai terlibat.
"Sebaiknya buat laporan polis atau jika takut, boleh datang berjumpa dengan saya dengan memberikan maklumat sebenar," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan tiada laporan diterima berhubung kes terbabit.
"Tiada lagi laporan setakat ini," katanya.
Media melaporkan, Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan berlakunya gangguan seksual dan ugutan dilakukan seorang doktor di HRPB di sini.
Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata, satu Jawatankuasa Penyiasatan Bebas telah ditubuhkan pada 29 Februari lalu bagi menyiasat perkara berkenaan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 16 2024
A Sivanesan (foto) berkata, setakat ini pihaknya dimaklumkan tiada sebarang laporan dibuat mangsa sekali gus menyukarkan siasatan dijalankan. -Foto Sinar Harian
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
Tiada bukti kaitkan guru dengan kes pedofilia di MRSM Tumpat - Polis
Tiada bukti dapat dikaitkan dengan seorang guru berhubung dakwaan berlaku kes pedofilia di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat.
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap lelaki semakin meningkat - Nancy
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap golongan lelaki semakin meningkat di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Instagram tapis imej lucah dalam DM yang diterima pengguna bawah umur
Jika ia didapati konsisten dengan imej lucah, secara lalai ia akan dikaburkan dengan label mengatakan ia mungkin mengandungi kandungan yang tidak ingin dilihat pengguna.
Tiada bukti kukuh, jurulatih para renang dibenar kembali latih atlet - MSN
Dakwaan salah laku seksual membabitkan jurulatih para renang diklasifikasikan sebagai No Further Action (Tiada Tindakan Lanjut) kerana tiada bukti menyokong dakwaan berkenaan.
Dakwaan gangguan seksual di HRPB: Polis tidak terima sebarang laporan daripada mangsa
Polis setakat ini belum menerima sebarang laporan daripada mangsa berhubung dakwaan gangguan seksual serta ugutan, di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Surat layang gangguan seksual: Polis terima lima laporan
Polis Perak menerima lima laporan polis berhubung kejadian penyebaran surat layang gangguan seksual melibatkan seorang doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
KPWKM cadang bangunkan sistem e-pemfailan bagi mangsa gangguan seksual salur aduan
KPWKM bercadang membangunkan sistem e-pemfailan (e-filing) yang membolehkan lebih ramai mangsa gangguan seksual yang berada di luar Putrajaya memfailkan aduan kepada Tribunal Antigangguan Seksual.
Gangguan seksual: Polis minta doktor pelatih tampil buat laporan
Tindakan itu adalah bagi memastikan kes berkenaan dapat disiasat dengan telus dan berlandaskan perundangan.
Doktor buat laporan polis isu tuduhan gangguan seksual
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, pihaknya menerima laporan tersebut dari pengadu warga tempatan berusia 43 tahun itu pada Sabtu.
Doktor pelatih dakwa terima gangguan seksual diminta buat laporan polis
A Sivanesan berkata, setakat ini pihaknya dimaklumkan tiada sebarang laporan dibuat mangsa sekali gus menyukarkan siasatan dijalankan.