awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doraemon hantar anak masuk darjah satu

Sinar Harian
Sinar Harian
20/03/2023
03:50 MYT
Doraemon hantar anak masuk darjah satu
Kehadiran Doremon ke Sekolah Kebangsaan Serting Ilor yang menghantar anaknya masuk darjah satu turut menceriakan murid-murid lain. - Foto Sinar Harian
JEMPOL: Bagi meraikan anak sulungnya yang kali pertama ke sekolah, seorang ibu sanggup memakai kostum Doraemon ke Sekolah Kebangsaan Serting Ilir di sini pada Isnin.
Malah kehadiran Nurulazma Shafiqah Khairul Azhar, 32, bersama anaknya Nur Dhia Imani Norazli, 7, turut menceriakan murid-murid lain termasuk para guru.
Menurutnya, idea untuk memakai kostum tersebut hanya timbul ketika mahu menghantar anaknya ke sekolah.
"Kostum itu saya beli lima tahun lalu dan selalu pakai di rumah untuk menghiburkan anak.
"Secara kebetulan ia memang ada di dalam kereta, jadi sebaik saja sampai ke sekolah saya terfikir kenapa tidak saya sarungkannya, dapat juga ceriakan murid-murid lain, " katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Dia yang merupakan Pengurus Pusat Komuniti Desa berkata, anaknya tidak terkejut dengan tindakannya itu malah teruja kerana dihantar Doraemon ke sekolah.
Kata Nurulazma Shafiqah, kesempatan itu dia turut mengambil peluang mengagihkan bungkusan coklat sumbangan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) kepada 240 murid dan guru.
"Tujuan saya hanya untuk memberi keceriaan kepada murid-murid terutama yang kali pertama menjejakkan kaki ke sekolah.
"Saya bersyukur anak saya tidak meragam ke sekolah malah bersemangat apabila bangun seawal jam 4 pagi lagi kerana tidak sabar untuk berjumpa kawan-kawan baharu," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#sesi persekolahan
#Doremon
#Sekolah Kebangsaan Serting Ilor
#hari pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan