awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Israel roboh bangunan UNRWA di Baitulmuqaddis Timur
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Downy & MYDIN hidupkan semangat Bulan Kebangsaan dengan “Wangi Berjiwa”

Malekah Aisyah
Malekah Aisyah
28/08/2025
12:34 MYT
Downy & MYDIN hidupkan semangat Bulan Kebangsaan dengan “Wangi Berjiwa”
Majlis Pelancaran “Downy Wangi Berjiwa” di MYDIN Hypermarket, Subang Jaya. - Foto Downy Malaysia
SUBANG JAYA: Bagi ramai rakyat Malaysia, haruman pakaian yang baru dicuci bukan sekadar bau yang menyenangkan malah menjadi salah satu perkara yang mampu menggamit memori kebersamaan bersama keluarga di rumah serta memberi semangat menjalankan rutin harian.
Sempena Bulan Kebangsaan 2025, Downy Malaysia meraikan perkara itu dengan berkolaborasi bersama MYDIN dan melancarkan rekaan bungkusan baharu yang lebih dekat dengan hati pengguna tempatan.
Bungkusan “Downy Wangi Berjiwa” kini menampilkan bahasa Melayu buat pertama kalinya sebagai tanda penghargaan Downy terhadap komuniti yang setia bersama jenama detergen berkenaan sejak lebih dua dekad.
(Dari kiri) Nantha Kalimuthu, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin dan Datin Dr. Siti Hawa Mohd. - Foto Downy Malaysia
(Dari kiri) Nantha Kalimuthu, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin dan Datin Dr. Siti Hawa Mohd. - Foto Downy Malaysia
Lima varian popular iaitu Mystique, Passion, Sunrise Fresh, French Lavender, dan Blissful Blossom, kini tampil dengan wajah baharu sekali gus memberi pengalaman segar.
“Selama lebih dua dekad, rakyat Malaysia menerima Downy sebagai sebahagian daripada rutin cucian mereka.
"Pembungkusan baharu ini lebih daripada sekadar perubahan reka bentuk, ia adalah cerminan perjalanan bersama kami dengan keluarga Malaysia.
"Dengan menyuntik bahasa Melayu dalam reka bentuk pembungkusan kami, kami meraikan orang yang menjadikan Downy sebagai isi rumah yang dipercayai, selain terus mengekalkan kesegaran dan kelembutan premium yang sudah dikenali dan disukai ramai," kata Pengurus Negara P&G Malaysia dan Singapura, Nantha Kalimuthu di Majlis Pelancaran “Downy Wangi Berjiwa” di MYDIN Hypermarket, di sini.
Selain memperkenalkan rekaan baharu, Downy turut menghargai sokongan pengguna dengan menawarkan ganjaran menarik bagi pelanggan yang berbelanja minimum RM35 untuk produk Downy di semua cawangan MYDIN seluruh negara.
(Dari kiri) Nantha Kalimuthu, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin dan Datin Dr. Siti Hawa Mohd ketika sesi bergambar pada majlis - Foto Downy Malaysia
(Dari kiri) Nantha Kalimuthu, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin dan Datin Dr. Siti Hawa Mohd ketika sesi bergambar pada majlis - Foto Downy Malaysia
Ganjaran hingga 30 September 2025 ini juga memberi peluang kepada pelanggan untuk menyertai peraduan “Buy & Win” dan berpeluang memenangi Mesin Basuh Toshiba 10KG bernilai RM1,649.
Peraduan ini bukan sekadar memberi peluang memenangi hadiah yang menakjubkan, malah menyemarakkan lagi semangat meraikan Bulan Kebangsaan.
Dengan jaminan pakaian lebih segar empat kali lebih lama serta bebas bau hapak, Downy memastikan cucian rakyat Malaysia bukan sekadar bersih, tetapi penuh makna.
Majlis pelancaran turut dihadiri Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin dan Pengarah MYDIN, Datin Dr. Siti Hawa Mohd.
(DaDatuk Dr. Ameer Ali Mydin ketika bergambar di meja pameran haruman produk Downy - Foto Downy Malaysia
(DaDatuk Dr. Ameer Ali Mydin ketika bergambar di meja pameran haruman produk Downy - Foto Downy Malaysia
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#Downy
#MYDIN
#Downy Wangi Berjiwa
#Hari Kebangsaan 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan